Berita Harian

Kemunculan sulung Nova Pharma memberangs­angkan

-

Syarikat farmaseuti­kal, Nova Pharma Solutions Bhd membuat kemunculan sulung dalam Pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) pagi semalam, de ngan sahamnya meningkat 20 peratus atau premium empat sen kepada 24 sen, menyaksika­n 1,000 saham bertukar tangan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Khoo Boo Wie, berkata penyenarai­an syarikat itu di pasaran LEAD adalah platform yang baik untuk menentukan risiko dan nilai wajarnya.

“Kami adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Platform penyenarai­an baharu ini amat sesuai dengan kami dan menjangkak­an untuk disenaraik­an di pasaran ACE dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi,” katanya pada sidang media selepas penyenarai­an syarikat itu di Bursa Malaysia, semalam.

Boo Wie berkata, penyenarai­an hari ini (semalam) adalah selangkah lagi bagi syarikat untuk merealisas­ikan pelan perniagaan­nya.

“Kami berhasrat untuk memacu syarikat ini dengan memanfaatk­an trek rekod mantap dan mengukuhka­n lagi penerokaan ke dalam pasaran sedia ada selain membuka perniagaan baharu,” katanya.

Beliau percaya asas syarikat yang kukuh, kepakaran teknikal dan pengalaman akan terus menghasilk­an prestasi kukuh untuk beberapa tahun akan datang.

Buka pejabat di Indonesia, Taiwan

Katanya, syarikat juga akan membuka pejabat di Indonesia dan Taiwan pada separuh kedua 2019.

“Kami mempunyai operasi perniagaan agak besar di negara berkenaan. Kami melihat potensi besar pengembang­an di Taiwan, khususnya dalam hab penyelidi kan dan pembanguna­n (R&D) perubatan serta bioteknolo­gi di Asia,” katanya.

Beliau berkata, pembukaan pejabat Nova Pharma itu akan membantu meningkatk­an profil rangkaian perniagaan syarikat.

Setakat 15 Januari lalu, Boo Wie berkata, Nova Pharma memperoleh kontrak dalam tangan RM10.14 juta untuk melaksanak­an beberapa projek farmaseuti­kal dan bioteknolo­gi.

Nova Pharma juga, katanya, berhasrat untuk terus berkembang dengan melaksanak­an projek turnkey bagi memiliki kawalan lebih baik ke atas projek terbabit, daripada prareka bentuk hinggalah ke peringkat kilang.

“Kami akan bertanggun­gja wab penuh ke atas projek yang menjadikan­nya lebih mudah untuk pelanggan mengurus serta berkomunik­asi dengan penyedia,” katanya.

 ?? [ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ] ?? Boo Wie merasmikan penyenarai­an Nova Pharma di Bursa Malaysia, semalam.
[ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ] Boo Wie merasmikan penyenarai­an Nova Pharma di Bursa Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia