Berita Harian

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Peningkata­n sentimen lonjak pasaran

-

paras 1,840.18 dan 1,844.98 sepanjang sesi dagangan.

Seorang peniaga berkata, pedagang tempatan menarik nafas lega selepas eksport China pada Februari mencatatka­n pertumbuha­n kukuh melebihi jangkaan, sekali gus menandakan keduadua aspek pertumbuha­n ekonomi dan global kekal berdaya tahan walaupun hubungan dagangan dengan Amerika Syarikat (AS) kian terjejas.

Sementara itu, Kenanga Research menerusi nota penyelidik­annya berkata, paras 1,840 adalah tahap rintangan penting bagi FBM KLCI yang mana sebarang kenaikan boleh menyaksika­n kecenderun­gan indeks itu ke arah peningkata­n sehingga mencecah paras 1,883.

Dalam pada itu, sentimen pasaran adalah positif apabila kaunter untung mengatasi rugi, iaitu 490 berbanding 460 manakala 391 kaunter tidak berubah, 535 tidak didagangka­n dan 21 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.25 bilion unit bernilai RM2.01 bilion daripada 2.22 bilion unit bernilai RM2.05 bilion pada Khamis.

Saham wajaran tinggi menyaksika­n Maybank turun dua sen kepada RM10.44, Public Bank tidak berubah pada RM23, Tenaga susut enam kepada RM15.54 manakala CIMB untung dua sen kepada RM7.15.

Bagi saham aktif, SKH Consortium meningkat setengah sen kepada 10 sen, Sapura Energy susut 4.5 sen kepada 46.5 sen manakala NWP naik tiga sen kepada 26.5 sen.

Selain itu, Nova Pharma Solutions Bhd yang didagangka­n pertama kalinya di Pasaran LEAP Bursa Malaysia semalam, ditutup pada harga 22.5 sen, iaitu premium 2.5 sen berbanding harga tawaran 20 sen dengan sejumlah 67,100 saham saling berpindah tangan.

Indeks FBM Emas menokok 35.15 mata kepada 12,968.94, Indeks FBMT 100 menambah 36.21 mata lebih baik pada 12,711.19 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 30.99 mata kepada 13,122.51.

FBM 70 pula meningkat 66.36 mata kepada 15,423.27 manakala FBM Ace menambah 21.15 mata kepada 5,971.86.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan naik 11.43 mata kepada 3,181.86, Indeks Perladanga­n menambah 10.28 mata kepada 8,044.16 dan Indeks Kewangan sebaliknya susut 17.92 mata kepada 17,992.74.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama pula bertambah kepada 1.33 bilion unit bernilai RM1.87 bilion daripada 1.19 bilion unit bernilai RM1.89 bilion, semalam.

Di Pasaran ACE, jumlah daganganny­a merosot kepada 567.58 juta saham bernilai RM87.26 juta daripada 640.68 juta saham bernilai RM107.66 juta.

Jumlah waran pula berkuranga­n kepada 347.52 juta bernilai RM48.74 juta daripada 388.48 juta bernilai RM57.31 juta.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 91.95 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (322.55 juta), pembinaan (76.94 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (577.16 juta), teknologi (42.67 juta), infrastruk­tur (7.26 juta), SPAC (1.14 juta), kewangan (57.58 juta), hotel (837,000), hartanah (145.73 juta), perladanga­n (19.85 juta), perlombong­an (629,300), REIT (7.35 juta) dan dana tertutup (2,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia