Berita Harian

Apabila jantung berhenti berdegup

-

Cardiac Arrest/sca) akibat serangan jantung sementara menunggu bantuan paramedik.

Pakar Pediatrik dan Kardiologi KPJ Tawakkal Specialist Hospital, Dr Zarin Ikmal Zan Mohd Zain, berkata di negara ini, 99 peratus mangsa SCA meninggal sebelum tiba di hospital kerana sistem kecemasan yang belum sempurna.

Katanya, jika dilihat di Amerika Syarikat, SCA atau kematian disebabkan jantung, membunuh hampir 1,000 orang sehari dan hampir 95 peratus meninggal dunia sebelum sampai ke hospital.

“Selain CPR, ambulans yang membawa mangsa perlu tiba antara lapan sehingga 12 minit ke ke hospital untuk rawatan lebih sempurna.

“Ambulans lazimnya tiba lewat, iaitu lebih daripada setengah jam menyebabka­n mangsa gagal diselamatk­an,” katanya.

Punca kematian

Seseorang dianggap meninggal dunia secara biologikal apabila tidak sedar, tidak bernafas dan jantung tidak berdegup.

Pernafasan­nya boleh dikembalik­an dan jantung berdegup semula sekiranya CPR dilakukan dengan segera.

“Matlamat CPR untuk memastikan peredaran darah dalam tubuh masih berlaku kerana oksigen perlu bergerak di dalam darah untuk ke otak.

“Organ utama perlu diselamatk­an adalah otak dengan memberikan sejumlah oksigen yang cukup untuk sementara waktu,” katanya.

Kira-kira 80 peratus SCA berlaku ke atas orang dewasa dan 75 peratus di luar rumah serta jumlah ini semakin meningkat, menjadikan ia punca kedua kematian di negara ini selain kemalangan jalan raya.

Berat badan berlebihan, tabiat merokok dan kurang aktif menyebabka­n saluran pada jantung menjadi sempit dan tersumbat seterusnya menyebabka­n sebahagian jantung mati.

Otot jantung yang mati menyebabka­n jantung tidak boleh mengepam darah seperti biasa dan hanya bergetar.

Pesakit akan berasa tidak selesa, sakit dada, berpeluh, terasa seperti hendak pitam dan muntah sebelum rebah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia