Berita Harian

Betulkan postur ketika guna gajet

-

mempengaru­hi postur leher seseorang.

“Bermula posisi kepala menegak hinggalah keadaan menunduk, selagi alatan berkenaan berfungsi (tidak dimatikan kerana bateri) keadaannya masih boleh dilihat pada kedudukan yang tidak betul hingga memberi kesan sakit.

“Namun, pada kebiasaann­ya ada kalanya orang dewasa suka melihat skrin digital dengan posisi leher membongkok. Sebenarnya kaedah berkenaan menjejaska­n posisi leher dan menyebabka­n sakit tengkuk,” katanya kepada BH.

Dr Faizah berkata, kecondonga­n leher antara 45 hingga 60 darjah menyebabka­n pengguna meletakkan beban berat badan antara 22.2 - 27.2 kilogram (kg) pada leher dan kesannya bahagian berkenaan terasa sakit.

Sekumpulan penyelidik dalam kajiannya di sebuah sekolah di bandar, baru-baru ini mendapati, lebih 50 peratus remaja mengalami ketegangan atau sakit leher ketika mereka menggunaka­n peralatan elektronik.

“Kebanyakan mereka selesa membongkok­kan kepala pada kedudukan 45 hingga 60 darjah ketika menggunaka­n alat berkenaan.

Posisi membengkok

“Posisi membengkok itu menjadi lebih teruk jika tempoh penggunaan­nya lebih lama, iaitu melebihi satu jam. Kesannya leher dan bahagian bahu mengalami ketegangan dan rasa sakit,” katanya kepada BH.

Dr Faizah berkata, ada kanak-kanak tidak menyedari kesakitan itu dan masingmasi­ng beranggapa­n keadaan itu perkara biasa.

“Lebih malang, mereka tidak memaklumka­n kesakitan kepada ibu bapa hingga kesannya berlarutan dan menjejaska­n kualiti hidup,” katanya.

Menurut Dr Faizah, kebimbanga­n pakar mengenai fenomena ini meningkat sejak 2014, apabila aliran penggunaan peralatan digital semakin meluas.

Beliau berkata, berkata pakar menyaranka­n penggunaan alatan ini pada paras mata, tidak membongkok hingga boleh membebanka­n leher.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia