Berita Harian

Tarian bhangra lega tekanan

- Oleh Zubir Mohd Yunus

Tekanan di tempat kerja jika dibiarkan berterusan tanpa disulami senaman ringkas, mungkin boleh mendatangk­an kemurungan, cepat letih, wajah tidak bermaya dan nampak tua daripada usia.

Ada yang menganggap kerap ke gimnasium jalan penyelesai­an untuk sihat. Sebenarnya ada yang terlepas pandang, beriadah seperti tarian tradisiona­l mampu mengubah cara hidup menjadi lebih sihat.

Tarian bhangra yang diamalkan masyarakat Punjabi yang lazimnya dipersemba­h pada hari Vasakhi dan majlis tertentu seperti perkahwina­n atau majlis korporat, umpamanya, dilihat sebagai platform senaman aerobik untuk membantu meningkatk­an stamina.

Malah, tarian ini dipercayai membantu menjaga kesihatan jantung dan buah pinggang yang sihat.

Panaskan badan

Pakar dan jurulatih tarian bhangra, Kirenjit Singh, 41, mempunyai pengalaman mengajar gerak dan lenggok tarian itu lebih 13 tahun mengakui, mendengar muzik bhangra sambil melakukan senaman aerobik antara elemen tulen tarian kaum Punjabi itu.

Pengurus sukan di sebuah sekolah antarabang­sa di Lembah Klang itu berkata, mereka yang kesuntukan waktu tidak perlu menjadikan aktiviti gimnasium sebagai rutin, sebaliknya melakukan tarian bhangra sekurangku­rangnya dua kali seminggu, di mana saja termasuk rumah atau tempat kerja, kirakira sejam sudah memadai, tidak perlu alunan muzik terlalu kuat, paling penting pergerakan.

“Saya menerapkan bhangra jam iaitu gabungan tarian tradisiona­l Punjabi dengan kelas tarian kecergasan. Kebanyakan lagu hit daripada filem Bollywood popular menampilka­n muzik berentak bhangra seperti menerusi filem

sangat sesuai untuk tarian berkenaan.

“Ia bermula dengan muzik perlahan sebagai langkah awal memanaskan badan menjadikan degupan jantung laju kirakira 30 peratus. Jika muzik rancak, degupan jantung meningkat laju kepada 70 peratus dan mencecah 80 peratus apabila muzik semakin rancak.

“Kemudian saya tukar rentak perlahan muzik bhangra, menjadikan degupan jantung kembali perlahan dan kemudian diselangse­li pelbagai rentak bhangra,” katanya.

Muzik sebegini bagus untuk jantung, selain mampu membakar lemak dan kalori, sekali gus meningkatk­an stamina penari berkenaan.

Pernafasan lebih lancar

Kirenjit berkata, tarian bhangra juga mampu meningkatk­an kandungan oksigen dalam paruparu menjadikan pernafasan bertambah lancar serta pergerakan darah ke seluruh anggota badan mengalir sempurna.

“Apabila menari berlaku perpeluhan, individu disaran minum air kosong bertujuan menyahtoks­ikkan mereka, sekali gus melancarka­n sistem perkumuhan untuk buah pinggang yang sihat.

“Tarian bhangra sebahagian daripada terapi minda. Sebaik latihan bermula, kosongkan fikiran dan hayati setiap pergerakan­nya.

Justeru, tarian bhangra cabang gaya hidup yang sihat, fikiran pun cergas,” katanya yang mempunyai pelajar seawal umur 10 hingga 65

 ??  ?? Gham Bole Chudiyan Kabhi Kushi Kabhie Tidak perlu menjadikan aktiviti gimnasium sebagai rutin apabila kesuntukan waktu.
Gham Bole Chudiyan Kabhi Kushi Kabhie Tidak perlu menjadikan aktiviti gimnasium sebagai rutin apabila kesuntukan waktu.
 ??  ??
 ??  ?? Memanaskan badan kira-kira 10 minit sebelum menari.
Memanaskan badan kira-kira 10 minit sebelum menari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia