Berita Harian

Hijrah diri bawa gerakan untuk World #Quranhour

-

Kuala Lumpur: Semangat hijrah diri dan kembali mendamping­i al-quran bukan saja membawa kepada perubahan individu, bahkan melahirkan gerakan besarbesar­an membaca al-quran, iaitu World #Quranhour.

Pengasas Yayasan Ummah Ikhlas, Datuk Dr Hussamuddi­n Yaacub, berkata walaupun dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai asas agama yang tinggi, beliau mengakui dirinya hanya benar-benar belajar mendalami al-quran ketika usia memasuki 50 tahun.

Katanya, hatinya terbuka untuk belajar Al-quran selepas berasakan jiwanya kosong dan melihat adik- beradiknya yang lain boleh membaca al-quran dengan baik tetapi tidak dirinya.

“Ia membawa saya untuk berguru di Indonesia. Tidak sampai seminggu, saya sudah boleh membacanya dengan baik.

“Saya akui, walaupun menjalani kehidupan berjaya, saya tetap merasai tekanan. Namun apabila mula mendamping­i al-quran, saya berasa tenang.

“Jadi apabila sudah kembali berjumpa dengan al-quran, saya ingin mengajak orang lain pula untuk membaca kitab suci ini dan seterusnya membawa gerakan yang lebih besar seperti World #Quranhour,” katanya pada Bicara Orang Sukses (BOS): Anugerah Yang Menghiburk­an di Masjid Ar-rahah, Bangsar South di sini, semalam.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Penyelidik dan Penasihat Rumah Ngaji, Fazrul Ismail.

Pengaruhi kehidupan

Hussamuddi­n berkata, apabi- la beliau boleh membaca dan memahami isi kandungan dalam al-quran, ia menjadikan­nya merasai perbezaan dalam kehidupan harian dan begitu juga dunia korporat yang diceburiny­a.

Dalam mendalami al-quran, Hussamuddi­n berkata, beliau tidak melihat kepada kuantiti sebaliknya kualiti dalam setiap isi al-quran yang difahaminy­a.

“Saya mendamping­i dan didampingi oleh golongan agama yang orang yang saya baru kenal ini dapat membawa saya ke arah yang lebih baik. Jadi benarlah al-quran itu sendiri berkait dengan diri yang ia diturunkan sebagai panduan hidup,” katanya.

Sementara itu, Fazrul menyifatka­n al-quran sebagai anugerah yang menghiburk­an yang boleh membawa seseorang untuk merasai ketenangan.

Mengambil ayat pertama surah al-kahfi, Fazrul berkata, ayat itu antaranya bermaksud, al-quran diturunkan kepada hamba-nya dan Dia tidak menjadikan­nya bengkok (terpesong).

“Ada orang suka mendengar lagu yang dijadikan sebagai hiburan untuk mendapat ketenangan. Namun al-quran adalah segalagala­nya kerana setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan ada kaitannya dengan kitab suci itu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia