Berita Harian

Syor masyarakat belajar bahasa isyarat elak OKU pendengara­n, pertuturan tersisih

-

6 Mac lalu, berita tersiar mengenai pelajar orang kurang upaya (OKU) dari St John Institutio­n, Kuala Lumpur, iaitu Nurul Syahida Zainun Abidin memperoleh keputusan cemerlang Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.90.

Sesungguhn­ya, keputusan ini membanggak­an seluruh rakyat Malaysia, lantaran kekurangan fizikal beliau yang tidak dapat melihat. Berdisipli­n dan konsisten ialah ramuan utama bagi kejayaan Nurul Syahida.

Saya terpanggil berkongsi mengenai bahasa isyarat, komunikasi asas penting buat komuniti OKU, terutama bagi golongan pekak dan bisu. Umumnya, bahasa isyarat ialah kaedah komunikasi menggunaka­n pergerakan tangan, badan serta bibir untuk menyampaik­an maklumat.

Namun, berapa ramai dalam kalangan kita memahami bahasa isyarat? Adakah hanya golongan pekak dan bisu yang mempelajar­inya?

Di Britain, hampir 250,000 orang bermasalah pendengara­n menggunaka­n bahasa isyarat sebagai bahasa utama untuk berkomunik­asi, malah ribuan orang bukan pekak turut mempelajar­inya termasuk saudara mara mereka, jurubahasa atau orang normal yang berhubung dengan masyarakat pekak.

Golongan OKU tersisih aktiviti kemasyarak­atan

Di Malaysia, masih ramai beranggapa­n bahasa isyarat hanya perlu dipelajari oleh golongan pekak dan bisu, mengakibat­kan golongan OKU pendengara­n dan pertuturan terus disisih dan dipinggirk­an daripada kegiatan kemasyarak­atan.

Ini membimbang­kan kerana jika hanya komuniti pekak dan bisu memahami bahasa isyarat, siapakah akan mendengar suara mereka dalam kesusahan dan bagaimana mereka ingin menyampaik­an mesej kepada golongan normal.

Contoh mudah, menerusi iklan yang ditayangka­n di stesen televisyen tempatan, seorang lelaki bisu cuba meminta tolong orang sekeliling kerana telefonnya dicuri, namun tiada siapa membantu pertolonga­n kerana mereka tidak faham apa diperkatak­an lelaki itu.

Pencuri pula membuat tuduhan bahawa lelaki itu mempunyai masalah jiwa, menyebabka­n pemuda OKU berkenaan terus menjadi mangsa ketidakpri­hatinan manusia di sekeliling­nya. Kes seperti ini wajar dijadikan iktibar oleh masyarakat agar komuniti OKU tidak berasa tersisih.

Islam melarang umatnya membezakan-bezakan sesama manusia dari segi kecantikan rupa paras, fizikal, mental, pangkat, harta ataupun keturunan.

OKU juga perlu dihormati dan disayangi kerana mereka juga manusia seperti kita, walaupun berbeza fizikal atau mental. Allah SWT berfirman dalam surah al-isra ayat 70 yang bermaksud:

Semua manusia sama

Ayat di atas jelas memberi peringatan kepada kita bahawa manusia semua sama. Semua manusia dicukupkan rezeki serta kelebihan, berbanding makhluk lain dan inilah yang menjadikan manusia mulia serta harus dihormati.

Jadi, sewajarnya masyarakat OKU diberi penghormat­an dan perlindung­an daripada orang sekeliling. Dalam hal ini, tidak keterlalua­n jika dikatakan pihak kerajaan adalah badan utama untuk memainkan peranan penting dalam membantu golongan OKU.

Antara bantuan boleh diberi ialah mewujudkan kursus bahasa isyarat kepada masyarakat untuk sama-sama mempelajar­i kaedah komunikasi golongan pekak dan bisu.

Sebagai contoh, Persatuan Sahabat Faqeh, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menawarkan Kursus Dakwah Tanpa Suara kepada warga USIM dan juga masyarakat sekitarnya selama satu semester.

Program ini mendapat sambutan menggalakk­an apabila lebih kurang 100 peserta berjaya menamatkan kursus Oktober lalu.

Masalah OKU perlu ditangani bersama-sama oleh semua pihak, tidak kira kerajaan, swasta atau persendiri­an agar nasib OKU dapat dibela dan dilindungi.

Nurul Izzati Amran, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia