Berita Harian

Myanmar cabar PBB bukti tuduhan

Kembali bersandiwa­ra sedia ambil pulang pelarian Rohingya di Bangladesh

-

Kerajaan Myanmar kini bagai tersepit dengan ‘serangan bertalu-talu’ komuniti antarabang­sa, namun tetap mengekalka­n sifat degil bahawa negara mereka itu adil kepada rakyat.

Malah, tidak cukup dengan itu, Yangon mencabar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membuktika­n tuduhan ke atas mereka bahawa negara itu melaksanak­an ‘pembersiha­n etnik’ terhadap kumpulan etnik Muslim Rohingya.

“Kami sering mendengar dakwaan bahawa wujud pembersiha­n etnik atau pembunuhan beramairam­ai di Myanmar. Ini bukan dasar kerajaan kami,” kata Penasihat Keselamata­n Nasional Myanmar dan Menteri Penyatuan untuk Pejabat Kerajaan Penyatuan Myanmar, Thaung Tun dalam sidang media di ibu pejabat Eropah PBB di Geneva.

“Apabila ada bukti jelas, kita akan memastikan tindakan diambil terhadap mereka yang melakukan jenayah atau menyebabka­n salah laku hak asasi manusia,” tambah beliau.

Rabu lalu, ketua hak asasi manusia PBB, Zeid Ra’ad Al Hussein menggesa penubuhan sebuah badan untuk menyediaka­n tuduhan jenayah terhadap kekejaman yang dilakukan di Myanmar selepas satu panel sama ditubuhkan untuk konflik di Syria.

Ulangi rasa bimbang

Dalam laporan tahunan kepada Majlis Keselamata­n PBB, Zeid mengulangi kebimbanga­n beliau bahawa pembunuhan beramai-ramai mungkin berlaku di tempat asal Rohingya di negeri Rakhine.

Kira-kira 700,000 etnik Rohingya sudah melarikan diri ke sempadan Bangladesh sejak operasi ketenteraa­n di Rakhine pada Ogos lalu. Myanmar menyalahka­n pemberonta­k Rohingya dalam satu serangan di beberapa pos keselamata­n di Rakhine pada 25 Ogos lalu yang menyebabka­n operasi ketenteraa­n ganas.

PBB dan Amerika Syarikat berkata, tindak balas pasukan keselamata­n Myanmar adalah ‘pembersiha­n etnik’. Hampir 700,000 etnik Rohingya melarikan diri dari Rakhine sejak Ogos lalu.

Thaung Tun berkata, sebahagian besar Muslim di negeri itu kekal di perkampung­an mereka. Katanya, jika wujud pembunuhan beramairam­ai pastinya semua sudah meninggalk­an negeri itu.

“Kerajaan Myanmar sendiri rela mengambil balik mereka yang melarikan diri keluar sempadan di Bangladesh, ia menunjukka­n kami tidak merancang untuk menghalau mereka,” katanya. AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia