Berita Harian

Fungsi PBB atasi masalah Syria dipersoal

-

New York: Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) gagal dilaksanak­an, ketika tentera rejim Syria disokong Russia dilaporkan semakin mara di Timur Ghouta untuk menghapusk­an kumpulan pemberonta­k.

Situasi ketika ini menimbulka­n persoalan menarik iaitu apakah tindakan yang sudah diambil PBB?

Duta Perancis, Francois Delattre berkata, kegagalan menghentik­an pertumpaha­n darah di Syria mungkin menjadi ‘kubur’ untuk PBB yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua. Bagaimanap­un, tidak semua bersetuju dengan pendapat itu.

Timbalan Duta British, Jonathan Allen berkata, walaupun Majlis Keselamata­n gagal melindungi rakyat Syria, ia bukan penghujung untuk badan dunia itu.

Pada 24 Februari lalu, majlis itu mengguna pakai satu resolusi menggesa gencatan senjata selama 30 hari di Syria di mana ratusan maut dalam serangan hebat kerajaan di kawasan pemberonta­k timur Ghouta.

Perlu kerjasama

Pakar PBB, Alexandra Novosselof­f berkata, PBB hanyalah ‘alat’ bagi 193 negara ahlinya dan tidak adil untuk menyalahka­n badan itu kerana gagal menghentik­an peperangan. Katanya, badan dunia itu menerajui usaha bantuan kemanusiaa­n besar di lapangan yang memerlukan kerjasama pihak berkuasa Syria.

“Kamu perlu menyalahka­n negara ahli, negara tertentu dan bukan PBB keseluruha­nnya,” kata Novosselof­f.

Pakar PBB dari Majlis Eropah untuk Hubungan Asing, Richard Gowan berkata, PBB tidak boleh dipersalah­kan di atas kegagalan Majlis Keselamata­n. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia