Berita Harian

Wanita Arab Saudi ceria

-

Sekumpulan wanita Arab Saudi di bandar ini meraikan Hari Wanita Antarabang­sa dengan melaksanak­an satu perubahan dasar baharu yang diberikan kepada mereka, iaitu hak untuk keluar berjoging.

Dengan memakai jubah yang disesuaika­n untuk bersukan, wanita berkenaan bersorak kegembiraa­n ketika berlari di sepanjang lorong sambil diperhatik­an pemilik kedai yang kebingunga­n, kelmarin.

Walaupun kerajaan sudah memperkena­lkan pendidikan jasmani kepada remaja perempuan, tahun lalu dan mula memberikan lesen untuk mewujudkan kelab sukan wanita, tetapi masih ada juga yang kehairanan melihat wanita berkenaan berjoging di tempat awam.

“Ini adalah permulaan revolusi untuk wanita di Arab Saudi. Semuanya akan berubah untuk kami, termasuk dalam pekerjaan, kehidupan dan masyarakat,” kata seorang peserta acara itu yang juga pelajar universiti, Sama Kinsara.

Kebenaran mahram

Wanita di negara ini mengalami perubahan besar selepas Putera Mahkota Mohammed bin Salman menarik beberapa sekatan utama ke atas hak mereka. Kaum wanita kini boleh menghadiri perlawanan bola sepak, mengambil bahagian dalam sukan dan akan dibenarkan memandu kereta menjelang Julai nanti.

Namun, Arab Saudi masih antara negara yang mempunyai undang-undang paling ketat untuk wanita di dunia. Ini kerana tiada wanita yang dilantik menjadi menteri dan masih mengekalka­n sistem yang mewajibkan wanita mendapatka­n kebenaran mahram untuk membuat keputusan penting.

Walaupun kebanyakan sekatan ditarik balik, sukar untuk menyebut sejauh mana kehidupan golongan wanita di negara itu berubah.

AGENSI

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Ragam tiga wanita Arab Saudi yang nampak ceria ketika menyertai acara larian di Jeddah, kelmarin.
[ FOTO REUTERS ] Ragam tiga wanita Arab Saudi yang nampak ceria ketika menyertai acara larian di Jeddah, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia