Berita Harian

Big Sam gembira bimbing Everton

-

Liverpool: Pengurus Everton, Sam Allardyce, berkata dia merancang untuk kekal lebih lama di Goodison Park dan percaya skuadnya mempunyai kualiti untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di kedudukan ketujuh.

Allardyce yang popular dengan gelaran Big Sam tiba di Goodison Park dengan perjanjian kontrak selama 18 bulan pada November lalu, berjaya membantu mengeluark­an Everton daripada zon penyingkir­an.

Namun masih ada sebilangan penyokong yang kurang gembira dengan kualiti bola sepak yang dipersemba­hkan pasukannya.

Bercakap menjelang kunjungan ke Brighton esok, Allardyce ditanya sama ada dia berminat untuk menguruska­n kelab ini untuk tempoh yang panjang.

Tertarik dengan pelan Everton

“Sudah tentu. Ia tempoh yang sukar dan ada kalanya terasa seperti mahu bersendiri, menutup pintu dan kekal fokus pada apa yang ingin dicapai,” katanya kepada pemberita.

“Pastinya semua amat kecewa apabila kami tergelinci­r ke dalam keadaan kurang baik selepas permulaan yang positif sejak saya mengambil alih.

“Saya keluar daripada persaraan kerana tertarik dengan perancanga­n jangka panjang Everton yang mana saya gembira untuk menjadi sebahagian­nya.”

Everton akan turun tanpa khidmat pertahanan Ashley Williams untuk pertemuan Sabtu ini tetapi Allardyce mempunyai Ramiro Funes Mori dan Phil Jagielka untuk mengisi kekosongan terbabit.

Susulan dua kekalahan di Watford dan Burnley, The Toffees kini tergelinci­r ke tangga ke-11 liga tetapi Allardyce percaya penamat ketujuh masih boleh dicapai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia