Berita Harian

Seksa Wenger reda seketika

Arsenal ada sedikit bekalan selepas benam AC Milan pada aksi pertama di San Siro

-

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger jelas lega apabila pasukannya menang 2-0 ke atas AC Milan pada saingan kelompok 16 terakhir Liga Europa, pagi semalam apatah lagi kejayaan itu hadir selepas mengharung­i saat penuh mengerikan minggu lalu.

Henrikh Mkhitaryan meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-15 dan ia adalah gol pertamanya buat kelab itu. Gawang Milan terus bolos buat kali kedua menerusi Aaron Ramsey.

Wenger terdesak untuk melihat kemenangan pasukannya selepas berdepan empat kekalahan berturut-turut dan menariknya, kejayaan Gunners berlaku ke atas Milan sekali gus menamatkan rekod 13 kemenangan tanpa kalah kelab gergasi Itali berkenaan.

Kemenangan penting

“Sudah tentu ia kemenangan yang penting apatah lagi kami mengharung­i minggu yang sangat sukar

“Saya gembira dengan semangat juang serta kebangkita­n pemain saya. Apabila anda menerima kritikan teruk, anda ada kalanya tidak sempat untuk berfikir tetapi suka atau tidak, anda perlu bangkit.

“Maruah serta keinginan anda untuk membuktika­n kualiti dimiliki berjaya direalisas­ikan dalam perlawanan ini,” kata pengendali berusia 68 tahun itu kepada BT Sport.

Sementara itu, skuad kendalian Gennaro Gattuso yang pernah menjulang tujuh gelaran Eropah itu tidak lagi mempunyai pilihan sebaliknya perlu memikirkan cara untuk menang di Stadium Emirates pada perlawanan kedua, seminggu lagi.

“Arsenal sedang mengharung­i tempoh sukar tetapi mereka tetap pasukan hebat. Kami melakukan terlalu banyak kesilapan,” kata Gattuso.

Tetapi Arsenal yang ketinggala­n 13 mata di belakang kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris, pasti lebih yakin untuk kembali ke saingan Liga Juarajuara dengan memenangi saingan kedua Eropah itu buat kali pertama musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia