Berita Harian

Costa bantu Atletico cerah peluang

-

Madrid: Diego Costa membantu Atletico Madrid untuk mencerahka­n peluang ke suku akhir Liga Europa dengan menjaringk­an gol bagi mengatasi Lokomotiv Moscow 3-0 pagi semalam.

Keputusan itu membolehka­n Atletico mendapat kelebihan menjelang aksi kedua di Russia, 15 Mac ini.

Saul Niguez menjaringk­an gol pembukaan di Wanda Metropolit­ano sebelum Costa menggandak­an kelebihan dan Koke menambah gol ketiga, sekali gus mengakibat­kan Lokomotiv berdepan tugas berat pada aksi kedua nanti.

Costa sudah meledak enam gol sepanjang 12 penampilan sejak berpindah ke Atletico dari Chelsea, Januari lalu.

Kawalan keselamata­n terpaksa ditingkatk­an selepas pihak berkuasa bimbang dengan ancaman rusuhan penyokong seperti yang berlaku ketika Athletic Bilbao menentang Spartak Moscow dua minggu lalu.

Cipta satu cubaan tepat

Hanya kira-kira 500 penyokong Russia berada di Madrid dan pihak berkuasa tidak mengesan apa-apa kekecohan sebelum sepak mula.

Lokomotiv memiliki kelebihan tujuh mata di persada Liga Perdana Russia tetapi kelompok 16 terakhir Liga Europa mungkin menjadi destinasi terakhir kelab berkenaan sejak berjaya layak ke peringkat sama saingan Liga Juara-juara 2004.

Atletico yang menjadi pilihan ramai pemerhati, membuktika­n kemampuan dengan skuad kendalian Diego Simeone itu menyerang sejak wisel permainan dibunyikan.

Sepanjang 90 minit perlawanan, Lokomotiv hanya mampu mencipta satu cubaan tepat.

Sebelum permainan, pemain kedua-dua pasukan bertafakur selama seminit bagi mengingati pertahanan Fiorentina, Davide Astori yang meninggal dunia secara mengejut, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia