Berita Harian

Salah punca Mourinho tak lena

Dua pasukan berebut pastikan tak terlepas mata untuk tangga kedua

-

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berdepan tugas mencabar untuk mencari formula terbaik merantai pergerakan bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah apabila kedua-dua musuh tradisi itu berentap dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam ini.

Aksi di Old Trafford itu cukup penting dengan kedua-duanya kini sedang bersaing hebat untuk menamatkan saingan liga di tempat kedua musim ini.

Ketika Manchester City yang dibimbing Pep Guardiola hampir dinobatkan sebagai juara liga, United dan Liverpool - dua kelab paling berjaya dalam saingan liga Inggeris - kini bersaing bagi merebut tempat kedua.

Prestasi cemerlang anak buah Mourinho yang kembali bangkit untuk melakar kemenangan 3-2 ke atas Crystal Palace, Isnin lalu membolehka­n mereka mengekalka­n kelebihan dua mata di depan Liverpool.

Nemanja Matic memuji prestasi cemerlang ditunjukka­n rakan sepasukan susulan kemenangan dilakar di London, tetapi menegaskan penting untuk mereka mengutip tiga lagi mata pada pertemuan dengan Liverpool selepas bergelut dengan aksi tidak menentu sebelum ini.

Rabu lawan Sevilla

“Kami perlu jujur, kami perlu bermain lebih baik. Kami perlu lebih bekerja keras jika mahu mencatat kemenangan ke atas Liverpool yang juga pasukan berkualiti,” kata pemain tengah United itu.

Liverpool menjaringk­an 20 gol dalam tujuh perlawanan sebelum seri 0-0 dengan Porto pada pertengaha­n minggu - keputusan yang menyaksika­n mereka menempah tiket ke suku akhir Liga Juarajuara buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun.

Jentera serangan Liverpool yang diketuai Salah selain Roberto Firmino dan Sadio Mane sudah membuktika­n ketajaman penyudah mereka apabila meledak 68 gol keseluruha­n musim ini.

Situasi itu pastinya akan membuatkan Mourinho tidak tidur lena bagi memikirkan formula terbaik menyekat jentera serangan The Reds.

United akan melayan kunjungan Sevilla dalam aksi pusingan kedua 16 terbaik Liga Juara-juara awal pagi Rabu ini sebelum bertemu Brighton dalam aksi suku akhir Piala FA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia