Berita Harian

Chong Wei tak setuju tukar servis

Syor BWF guna peraturan baharu pada kejohanan lebih kecil

- Oleh Helmi Talkah

Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei berpendapa­t Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) tidak sepatutnya memperkena­lkan peraturan pukulan servis yang baharu pada saingan Seluruh England di Birmingham dari 14 hingga 18 Mac ini.

Pemain nombor dua dunia itu berkata, memandangk­an prestij Seluruh England sebagai kejohanan utama dan tertua dunia, adalah lebih elok BWF mengujinya terlebih dahulu di kejohanan yang lebih kecil.

“Sukar untuk saya komen mengenai

(gambar)

perkara ini kerana Seluruh England kali ini adalah kali pertama saya akan melakukan pukulan servis mengikut peraturan baharu. Secara peribadi, BWF sepatutnya menguji dulu peraturan ini di kejohanan lebih kecil dan bukannya kejohanan utama seperti Seluruh England.

“Berdasarka­n keputusan ini, ia pasti akan menjadi masalah. Pada saya, saya akan cuba buat seperti biasa tetapi jika dikesan melakukan kesalahan, saya akan tanya pengadil servis tentang cara yang betul," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, semalam.

Peraturan baharu yang diperkenal­kan BWF itu menyaksika­n pemain perlu memastikan bulu tangkis perlu berada pada ketinggian tidak melebihi 1.15 meter daripada permukaan gelanggang ketika mahu melakukan pukulan servis.

Sebelum ini BWF menetapkan ia tidak boleh melebihi ketinggian 1.1m.

Peraturan servis baharu itu yang mula digunakan pada saingan Terbuka Jerman yang sedang berlangsun­g ketika ini menimbulka­n kemarahan dikalangan pemain badminton dunia terutama yang memiliki fizikal lebih tinggi.

Lin Dan marah

Juara dunia lima kali dari China, Lin Dan antara yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan BWF memperkena­lkan peraturan baharu itu.

Dia yang turut beraksi pada Terbuka Jerman menerusi laman sosialnya berkata: “Bermain dalam kejohanan berbeza lebih sedekad, menjalani latihan selama 30 tahun tetapi tahun ini BWF mahu mengajar semua orang cara melakukan pukulan servis sekali lagi.

“Peraturan baharu ini bermula pada Terbuka Jerman dan ramai pemain yang tidak berpuas hati, begitu juga saya. Fokus untuk perlawanan tidak lagi terarah kepada pemain kerana pengadil kini boleh mengawal seluruh perlawanan.

“Pada mulanya saya menganggap peraturan pukulan servis baharu ini akan menggunaka­n teknologi sebagai sokongan tetapi tidak, keputusan dibuat oleh mata manusia (pengadil). Penggunaan ‘Hawk eye’ lebih meyakinkan.

“Saya tidak menyalahka­n pengadil kerana itu adalah tugas mereka. Saya cuma terfikir apa yang BWF mahukan? Apa tujuan peraturan baharu ini? Adakah kamu mahu menjadikan badminton lebih baik?

“Secara jujur, saya merasakan kamu terlalu mahu mengikut sukan tenis tetapi kamu gagal. Apa yang kamu perlukan adalah mendapatka­n nasihat daripada pemain profesiona­l dan jurulatih berbanding hanya kamu yang berbincang dan membuat keputusan seperti ini," kata Lin Dan yang juga pemenang emas Olimpik 2008 dan 2012.

Sementara itu, seorang lagi pemain perseorang­an lelaki negara, Lee Zii Jia tidak bersetuju dengan peraturan baharu yang diperkenal­kan BWF kerana ia menyukarka­n dirinya yang mempunyai ketinggian 1.86m.

“Memang tak setuju, yang lama pun sudah ok. Saya tidak faham apa tujuan BWF membuat peraturan baharu ini. Ia menyukarka­n pemain yang lebih tinggi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia