Berita Harian

Zulfahmi yakin peluang cerah di GP Qatar

- Oleh Sukhairi Thani

Kuala Lumpur: Kekangan masa di trek menjadi penghalang kepada pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin untuk mencari penyelaras­an sesuai ke atas jenteranya menjelang pembukaan musim baharu Moto2 di Grand Prix (GP) Qatar, 18 Mac ini.

Ujian rasmi selama tiga hari yang berakhir di Circuito de Jerez, semalam berlangsun­g dalam keadaan cuaca tidak menentu dan pelumba SIC Racing itu hanya menyertai empat daripada sembilan sesi keseluruha­n.

Namun, pelumba berusia 26 tahun itu mempamerka­n peningkata­n dengan melakukan catatan sepusingan terbaik 1 minit 44.476 saat di sesi kelima, Rabu lalu.

“Kami memperoleh masa di trek yang terlalu sedikit kerana keadaan cuaca yang tidak begitu baik,” kata Zulfahmi.

“Saya gembira dapat kembali menunggang jentera ini tetapi kami tidak mempunyai banyak masa untuk menguji penyelaras­an berbeza.

Ganti Hafizh

“Namun secara keseluruha­nnya, saya gembira dengan peningkata­n dilakukan dan harap kami mampu menjadi kompetitif di Qatar nanti.”

Zulfahmi sebelum ini mengisi ruang dikosongka­n Hafizh Syahrin Abdullah bagi membolehka­n pelumba muda itu beraksi di kelas perdana Motogp bersama pasukan Monster Yamaha Tech3.

GP Qatar menjadi pusingan pertama daripada 19 pusingan kalendar 2018 dengan Litar Antarabang­sa Buriram di Thailand mengisi slot baharu dalam kempen kali ini.

 ??  ?? Zulfahmi buat penampilan sulung pada Moto2 di Qatar.
Zulfahmi buat penampilan sulung pada Moto2 di Qatar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia