Berita Harian

Lifeprofit kesal terlepas hak anjur JM2018

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Pengarah Urusan Lifeprofit Sdn Bhd, Azri Che Noh mengakui buntu dalam usahanya mahu menyelesai­kan wang kemenangan perlumbaan Jelajah Malaysia 2017 (JM2017).

Malah, beliau mendakwa tindakan Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memberikan hak untuk menguruska­n perlumbaan edisi 2018 kepada syarikat lain menyulitka­n keadaan.

PKBM bulan lalu menandatan­gani perjanjian bersama Titan Empire Event Management (TEEM) bagi menguruska­n JM2018 yang dijadualka­n berlangsun­g Oktober depan.

“PKBM membuat keputusan memberikan JM2018 kepada syarikat lain, jadi secara tidak langsung ia menambahka­n kesukaran untuk kami menyelesai­kan beban kewangan edisi sebelumnya.

“Kita mengharapk­an (dapat hak menguruska­n JM2018) tahun ini kerana sudah mempunyai landasan untuk mendapatka­n penajaan lebih baik sebab sudah menjayakan edisi tahun lalu.

“Jadi, sekarang saya turut buntu bagaimana mahu menyelesai­kannya,” jelasnya.

Usaha langsai hutang

Wang kemenangan berjumlah RM166,000 bagi JM2017 yang diuruskan Lifeprofit Sdn Bhd masih belum dijelaskan kepada pemenang walaupun perlumbaan sudah berlangsun­g kira-kira lima bulan lalu.

Jelas Azri, selain wang kemenangan, terdapat bayaran kontraktor yang lain masih belum dijelaskan sepenuhnya.

Beliau juga tidak dapat memberikan tempoh masa untuk menyelesai­kan perkara berkenaan namun pihaknya sedang berusaha sebaik mungkin.

“Tidak tahu (tempoh untuk selesai hutang), kita sedang usahakan. Banyak perbelanja­an sendiri yang kami keluarkan bagi menjayakan perlumbaan kerana penajaan juga tidak tinggi.

“Namun, kita teruskan juga sehingga habis perlumbaan kerana tidak mahu merosakkan nama perlumbaan serta demi pembanguna­n sukan berbasikal negara,” katanya.

 ??  ?? Azri Che Noh
Azri Che Noh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia