Berita Harian

UNISEL buka peluang pemain bola sepak lanjut pelajaran

-

Shah Alam: Pemain bola sepak tempatan kini berpeluang untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat tertinggi susulan kerjasama strategik antara Universiti Selangor (UNISEL) dengan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) di sini, semalam.

Dengan kerjasama itu, kira-kira 700 ahli PFAM yang berdaftar boleh melanjutka­n pengajian ke peringkat diploma dalam pelbagai bidang di UNISEL.

Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata ia adalah satu inisiatif bagi membolehka­n pemain bola sepak, khususnya pemain profesiona­l bukan sekadar mempunyai kemahiran atau kebolehan bermain bola sepak tetapi memberi ruang kepada mereka mendapatka­n input akademik.

“Berikutan gambaran yang kita dapat sebelum ini bahawa kebanyakan mereka yang terbabit dalam sukan bola sepak tidak mempunyai kelulusan atau mempunyai taraf akademik rendah.

“Sehubungan itu, ruang ini akan mendedahka­n mereka kepada peluang pendidikan yang bersesuaia­n dengan profesion mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) di UNISEL Kampus Shah Alam.

Dr Mohammad Redzuan berkata, sebagai permulaan pemain bola sepak berminat ditawarkan melanjutka­n pengajian di peringkat diploma antaranya pengajian sukan, perniagaan, akaun dan fisioterap­i.

Menurutnya, jadual kuliah serta sistem penggredan akan diolah mengikut kesesuaian pemain bola sepak yang melanjutka­n pengajian berikutan jadual latihan dan perlawanan yang begitu ketat.

PFAM tawar biasiswa

Beliau berkata, dengan peluang ini juga pihaknya mahu pemain bola sepak cemerlang pada masa hadapan sekiranya karier mereka dalam bidang bola sepak terhenti dan sekurang-kurangnya ia dapat membantu meneruskan kehidupan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail berkata, semua ahli PFAM adalah pemain Liga Super, Liga Perdana dan Piala FAM, dan ramai pemain yang tidak mempunyai peluang untuk melanjutka­n pengajian ekoran halangan tertentu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia