Berita Harian

NS tak gentar amukan Tok Gajah

- Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Biarpun sedar tugas yang bakal dihadapi bukan mudah, namun Negeri Sembilan tidak rela mereka terus berputih mata apabila turun menentang Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Sehubungan itu, penolong kapten, Mohd Fauzan Dzulkifli, menggesa rakan sepasukan supaya menanam tekad dan berjuang habis-habisan bagi memburu mata kemenangan.

“Kami sedar tugas berdepan Pahang bukan mudah kerana pasukan itu berada pada prestasi terbaik selain memiliki kelebihan kerana beraksi di gelanggang sendiri.

“Malah tidak dinafikan rekod mereka setiap kali beraksi di gelanggang itu agak kebal, namun kami datang ke Kuantan dengan misi tidak mahu kalah dan ingin mendapatka­n mata.

“Saya tetap optimis, kami mampu melakukan tugasan dengan baik, malah rakan-rakan juga mempunyai kepercayaa­n betapa kami berkeupaya­an untuk mendapatka­n keputusan positif ke atas lawan,” katanya.

Mesti waspada

Tonggak pertahanan berpengala­man berusia 30 tahun itu juga percaya bukan sesuatu yang mustahil bagi mereka mencipta kejutan ke atas skuad Tok Gajah walaupun baru saja tunduk kepada Kedah dalam saingan pusingan kedua Piala FA.

Menurut Mohd Fauzan, jika mengambil kira rekod pertemuan di gelanggang sama sebelum ini, skuad Hobin Jang Hobin tetap berpeluang membuat kejutan.

Namun, bekas kapten PKNS FC itu mengingatk­an rakan sepasukan supaya berwaspada dengan strategi pengendali tuan rumah, Dollah Salleh selain jentera serangan mereka yang mampu memberi ancaman kepada kubu Negeri Sembilan.

“Saya yakin dan percaya sentuhan ketua jurulatih baru (Mohd Azraai) bukan saja mampu memberikan suntikan semangat dan meningkatk­an moral pemain, malah mampu memberi impak positif kepada persembaha­n pasukan.

“Saya berharap percaturan beliau akan menjadi dan bagi saya, siapa pun yang menjadi pilihan malam esok, perlu memberikan komitmen 100 peratus kerana hanya dengan kemenangan sahaja akan dapat membantu pasukan untuk terus bersaing memburu kejayaan,” katanya.

 ??  ?? Mohd Fauzan (dua dari kiri) dan rakan sepasukan datang ke Pahang untuk misi menewaskan skuad Tok Gajah.
Mohd Fauzan (dua dari kiri) dan rakan sepasukan datang ke Pahang untuk misi menewaskan skuad Tok Gajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia