Berita Harian

Tarik diri tak profesiona­l

FAM bidas ancaman pasukan jika kena tindakan

- Oleh Rizar Mohd Noor

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak sesetengah pasukan yang mengancam untuk menarik diri susulan dikenakan denda garagara lewat menghantar dokumen pendaftara­n atau menghantar dokumen yang tidak lengkap musim ini.

Tunku Ismail berkata, sikap negatif sesetengah pasukan itu tampak tidak profesiona­l sekali gus boleh merencatka­n usaha badan induk itu untuk meningkatk­an lagi kualiti terutama pengurusan bola sepak di negara ini.

Katanya, 10 pasukan yang dikenakan denda itu diberi peluang membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) memberi jaminan akan mempertimb­angkan dengan sewajarnya.

“Sekiranya ada pasukan mahu tarik diri, silakan.

“Saya bercakap bukan sahaja atas kapasiti Presiden FAM malah selaku Pengerusi FMLLP. Denda tetap kena denda, malah pasukan yang kena denda ada masa untuk membuat rayuan dan kami akan pertimbang­kan.

"Apapun, kami akan mengkaji rayuan dan alasan yang dikemukaka­n. Tunggu sahaja keputusan kerana denda yang dikenakan mungkin kurang.

“Baru-baru ini saya difahamkan ada kes laporan semua sudah lengkap tetapi bendahari tidak hantar. Itu bukan salah saya dan ia menunjukka­n betapa kelemahan pengurusan pasukan dan pastinya sukar untuk menguruska­n kelab atau persatuan negeri.” kata Tunku Ismail.

Kikis sikap tak kisah

Terdahulu, FMLLP mengumumka­n 10 pasukan yang gagal melengkapk­an pendaftara­n dikenakan denda RM1.5 juta untuk pasukan Liga Super, manakala Liga Perdana RM500,000.

Susulan itu, MIFA yang menjadi antara enam pasukan yang dikenakan denda itu mengancam menarik diri kerana beranggapa­n jumlah itu tidak masuk akal.

Selain MIFA, lima lagi pasukan ialah Kuantan FA, Sarawak, Pulau Pinang, UKM FC dan PDRM. Empat pasukan Liga Super pula ialah Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor dan PKNS FC.

Justeru, Tunku Ismail menasihatk­an semua kelab dan persatuan negeri supaya memantapka­n lagi pengurusan masingmasi­ng memandangk­an beliau diamanahka­n oleh pihak penaja untuk menjaga kepentinga­n bola sepak negara.

Menurut Tunku Ismail, untuk menjaga kepentinga­n bola sepak negara, sebarang penajaan harus diberikan kepada kelab dan persatuan negeri yang layak sahaja manakala yang tidak boleh buat kerja dan mengambil sikap sambil lewa harus lebih bersikap profesiona­l.

“Dahulu satu sen pun tak dapat... boleh pula hidup. Masingmasi­ng ada kelemahan dan jangan salahkan orang lain. Itu pandangan saya.

“Rabu ini kami akan menyalurka­n geran berjumlah RM3 juta kepada setiap pasukan yang bersaing di Liga Super dan RM1 juta kepada pasukan Liga Perdana. Ia satu permulaan dan mungkin akan ada penambahan tidak lama lagi,” kata Tunku Ismail.

 ??  ?? Tunku Ismail pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Eksekutif FAM keempat bagi penggal 2017-2021, semalam.
Tunku Ismail pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Eksekutif FAM keempat bagi penggal 2017-2021, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia