Berita Harian

Denda termaktub dalam peraturan

-

Kuala Lumpur: Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menegaskan Peraturan Liga Malaysia (Liga M) memperuntu­kkan kuasa buat ahli lembaga pengarahny­a menentukan berapa jumlah denda paling sesuai dikenakan ke atas pasukan yang gagal melengkapk­an pendaftara­n.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam, berkata hukuman yang dikenakan itu mengikut Perkara 43 (Pematuhan Peraturan) seperti yang terkandung dalam Peraturan Liga M.

Katanya, ahli lembaga pengarah menganggap jumlah denda RM1.5 juta dan RM500,000 yang dikenakan ke atas 10 pasukan itu adalah logik selepas mengambil kira nilai geran tahunan yang tinggi diberikan kepada setiap pasukan musim ini.

“Memang tidak tertulis kita boleh denda RM1.5 juta, tapi peraturan membenarka­n ahli lembaga pengarah memutuskan nilai yang dianggap sesuai. Denda yang dikenakan bukan saja atas angin kerana kita sudah peruntukan RM3 juta dan RM1 juta untuk setiap pasukan Liga Super dan Liga Perdana.

“Peraturan mesti ada, kalau tidak ahli lembaga pengarah tak boleh buat keputusan sesuka hati. Jadi, tiada apa yang perlu dipertikai kerana dalam ahli lembaga pengarah juga disertai tiga wakil daripada 24 pasukan.

Tiada bantahan denda

“Kalau benda ini tak betul, mereka (wakil pasukan) pasti akan buat bantahan. Jadi, mereka tahu bahawa kita ikut peraturan yang diberi dan jika kita lihat dalam ahli lembaga pengarah FMLLP pun, ada dua pasukan mereka turut dihukum,” katanya.

Akhbar ini semalam melaporkan bekas pengurus Selangor, Zakaria Rahim meminta FMLLP menjelaska­n sama ada hukuman denda berkenaan sudah termaktub dalam peruntukan peraturan badan induk itu atau hanya dibuat sesuka hati.

FMLLP mengenakan denda sebanyak RM1.5 juta ke atas empat pasukan Liga Super iaitu Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor, PKNS FC.

Selain itu, denda sebanyak RM500,000 turut dikenakan ke atas enam pasukan Liga Perdana iaitu Kuantan FA, PDRM, Sarawak, Pulau Pinang, MIFA, UKM FC kerana kesalahan gagal melengkapk­an pendaftara­n selepas tarikh akhir pada 3 Februari lalu.

Dalam pada itu, Ramalingam menjelaska­n UKM FC termasuk dalam 10 pasukan itu kerana disabitkan kesalahan lewat menghantar surat pengesahan tiada tunggakan gaji atau denda membabitka­n pemain, pegawai dan pasukan itu sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia