Berita Harian

Bersyukur selamat walau gagal tawan puncak gunung

-

Ranau: “Kecewa dan kesal tak sampai puncak Gunung Kinabalu... namun mungkin ada hikmahnya,” kata seorang pendaki Ahmad Ilmi Jasman, 45, yang berasal dari Johor.

Menurutnya, beliau bersama isteri, Halimah Omar, 45, dan anak lelakinya Azib Hariz, 15, tiba di Sabah semalam sebelum ke Taman Kinabalu untuk mendaki.

“Ketika pendakian keadaan baik dan kami teruja untuk tiba di puncak. Saya dan Azib pertama kali mendaki Gunung Kinabalu manakala isteri sudah dua kali sampai puncak.

“Saya bersama isteri dan anak serta 20 pendaki lain tiba di Laban Rata pada jam 3.30 petang semalam sebelum berehat di penginapan,” katanya ketika ditemui di Pondok Timpohon di Taman Kinabalu, pagi semalam.

Rasa tak sedap hati

Katanya, selepas solat Maghrib, beliau merakam beberapa gambar pemandanga­n batuan di Gunung Kinabalu sebagai kenangan.

“Ketika meneliti gambar, saya terkejut apabila melihat beberapa serpihan batu difahamkan kesan gempa bumi tiga tahun lalu.

“Waktu itu, rasa tak sedap hati dan sebelum gempa ketika berehat di penginapan Laban Rata, katil bergegar sangat kuat sebelum kami diarah keluar ke kawasan lapang.

Syukur terselamat

“Saya merasai lima kali gegaran... situasi itu menyebabka­n kami bimbang perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, beliau bersyukur kerana isteri dan anaknya selamat walaupun gagal menawan puncak gunung Kinabalu.

Malah, beliau turut berterima kasih kepada malim gunung dan pasukan penyelamat yang banyak membantu membawa mereka turun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia