Berita Harian

ASEAN kagumi HED Sarawak

Platform lahir modal insan teknologi digital galak perdaganga­n tanpa sempadan

- Oleh Mohd Latif Ahmad

Pembanguna­n Hab Ekonomi Digital (HED) Sarawak diyakini berupaya mendokong Gagasan Ekonomi Digital yang diperkenal­kan ke arah mewujudkan era ekonomi baharu dan moden di negeri ini.

Ini termasuk usaha melahirkan lebih ramai modal insan dalam bidang teknologi dan digital, sekali gus menyumbang kepada konsep perdaganga­n dan perniagaan tanpa sempadan secara atas talian.

Ia dilaksanak­an atas inisiatif FAME Internatio­nal Group yang menggabung­kan pelbagai produk inovasi dan aplikasi canggih, termasuk teknologi penyelesai­an terkini dari beberapa negara maju.

Dedah teknologi digital

Ketua Pegawai Eksekutif FAME Internatio­nal Group, Eddie Wee, berkata, hab berkenaan bagi mendidik generasi muda untuk didedahkan dengan teknologi digital, selain pembabitan mereka dalam pembanguna­n ekonomi digital pada masa depan.

“Kita juga menyediaka­n platform kepada dewasa atau industri dalam pelbagai bidang yang mahu belajar dan mengguna pakai teknologi digital dalam perniagaan mereka.

“Asasnya, hab ini dibina atas inisiatif kami mempromosi­kan pendidikan teknologi digital dan mempromosi­kan penggunaan digital dalam industri seiring dengan transforma­si Sarawak ke arah ekonomi digital,” katanya

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Taklimat HED Sarawak Bersama Delegasi Duta ASEAN, di sini, kelmarin.

Eddie berkata, beliau percaya dengan penyertaan semua pihak, termasuk murid sekolah dalam teknologi digital, ia mampu memberi impak positif terhadap Gagasan Ekonomi Digital.

Malah, pihaknya juga percaya juga bahawa pendidikan awal kepada anak muda dalam teknologi digital amat penting, bahkan harus bermula dari peringkat pra-sekolah.

“Justeru, selain daripada mengendali­kan pelbagai program latihan, kita juga bekerjasam­a dengan tadika, sekolah rendah dan menengah untuk menggalakk­an minat mereka.

“Kita turut menyokong penubuhan Kelab Sains, Teknologi, Seni dan Matematik (STEM) di sekolah dalam memupuk minat terhadap bidang teknologi digital,” katanya.

HED Sarawak yang terletak di Aras 3, Pusat Beli Belah One Jaya, di sini berkeluasa­n 12,000 kaki persegi idan menyediaka­n pelbagai kemudahan seperti percetakan 3D, makmal fabrikasi, makmal robot, bilik pengaturca­raan serta pemasangan pelbagai robot dan makmal realiti maya.

Pengedar eksklusif sistem robotik

Ia juga pengedar ekslusif bagi teknologi seperti Makeblock (sistem robotik), Dobot, Percetakan 3D (yang dibangunka­n tempatan iaitu Porteus dan rakan antarabang­sanya, Zeemaker).

Wee berkata, sejak memulakan operasinya pada awal tahun ini, HED Sarawak menerima lawatan serta penyertaan memberangs­angkan termasuk dari luar negara, selain kunjungan daripada agensi kerajaan serta perbadanan seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia