Berita Harian

Jambatan Sungai Simpudu dijangka siap Mei

-

Papar: Pembinaan fasa pertama jambatan baharu Sungai Simpudu di Jalan Papar-donggongon, di sini, dijangka siap selewat-lewatnya Mei ini.

Pada masa ini, kerja pembinaan fasa pertama atau jambatan satu Sungai Simpudu sudah siap 87.08 peratus.

Ketua Bahagian Pengurusan Pembinaan Borneo Highway PDP Sdn Bhd (BHP), Ranee Bakri Zakaria, berkata pembinaan fasa kedua atau jambatan dua Sungai Simpudu pula akan dimulakan selepas jambatan satu beroperasi.

Roboh jambatan lama

“Pembinaan jambatan satu dengan pemasangan cerucuk bermula pada Oktober 2016. Apabila jambatan satu siap kelak, jambatan lama Sungai Simpudu akan dirobohkan dan kerja pembinaan jambatan dua dimulakan.

“Jambatan dua ini dijangka beroperasi pada pertengaha­n tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada 30 pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah di Pejabat BHP di sini, semalam.

Taklimat itu berkaitan pembinaan jambatan itu yang mempunyai 130 meter panjang yang termasuk dalam Pakej 5 Lebuhraya Pan Borneo di Jalan Papardongg­ongon bagi menggantik­an jambatan lama yang sudah berusia lebih 40 tahun.

Projek ikut perancanga­n

Sementara itu, Pakej 5 membabitka­n laluan Papar–donggongon itu merangkumi kerja naik taraf jalan sedia ada serta pembinaan jambatan di Kampung Simpudu.

Mengenai perkembang­an projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, Ranee berkata, ia berjalan dengan baik dan mengikut perancanga­n.

 ?? [FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] ?? Kontraktor BHP Sdn Bhd bersama 30 pegawai JKR Sabah melawat tapak utama projek jambatan fasa pertama Jalan Papar Lamadonggo­ngon di Papar, semalam.
[FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] Kontraktor BHP Sdn Bhd bersama 30 pegawai JKR Sabah melawat tapak utama projek jambatan fasa pertama Jalan Papar Lamadonggo­ngon di Papar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia