Berita Harian

Pemborong seleweng minyak masak bersubsidi

Tindakan jual kepada restoran jejas bekalan bagi kegunaan isi rumah

- Oleh Mohd Rizal Abdullah

Segelintir pemborong dan peruncit di bandar raya ini dikesan bersekongk­ol dengan pengusaha restoran apabila membekalka­n minyak masak bersubsidi ke premis terbabit bagi meraih keuntungan berganda.

Keadaan itu sekali gus akan memberikan kesan kepada pengguna isi rumah yang kebanyakan menggunaka­n minyak bersubsidi.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sarawak, Abd Hafidz A Rahim, berkata pemborong dan peruncit dikesan menjual minyak bersubsidi melebihi harga pasaran kepada pengusaha restoran.

Menurutnya, walaupun begitu, pengusaha restoran ini masih dapat mengaut keuntungan berganda dengan membeli minyak bersubsidi berkenaan.

Jejas bekalan minyak

“Sekiranya keadaan ini dibiarkan, ia boleh menjejaska­n bekalan minyak subsidi yang sepatutnya dinikmati oleh pengguna isi rumah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ia sebagai mengulas mengenai ‘Ops Goreng’ di Tanjong Lobang, Miri, kelmarin.

Dalam serbuan pada jam 3.30 petang itu, sebuah restoran makanan laut diserbu penguatkua­sa KPDNKK Sarawak apabila dikesan menggunaka­n minyak masak bersubsidi.

Sebanyak 103 paket minyak subsidi dirampas dalam serbuan itu.

Abd Hafidz berkata, walaupun jumlah berkenaan tidak banyak, ia boleh memberikan kesan kepada bekalan kepada pengguna isi rumah sekiranya dibiarkan.

KPDNKK terus kesan

“Setakat ini, pihak KPDNKK masih sedang mengesan pembekal ataupun peruncit yang bersekongk­ol dengan aktiviti ini,” katanya.

Katanya, mereka yang terbabit akan dikenakan hukuman mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntu­kkan denda RM1 juta atau tiga tahun penjara bagi individu.

Bagi syarikat diperbadan­kan pula, denda maksima adalah sebanyak RM3 juta untuk setiap kesalahan dilakukan.

 ?? [FOTO IHSAN BOMBA] ?? Abd Hafidz menunjukka­n minyak masak bersubsidi yang dirampas dalam serbuan ‘Ops Goreng’ di Tanjong Lobang, Miri, kelmarin.
[FOTO IHSAN BOMBA] Abd Hafidz menunjukka­n minyak masak bersubsidi yang dirampas dalam serbuan ‘Ops Goreng’ di Tanjong Lobang, Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia