Berita Harian

PPBM berisiko kena bubar

Parti boleh dibubar jika gagal patuhi akta pertubuhan

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Siti A’isyah Sukaimi

Notis pembubaran akan dikeluarka­n jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) gagal menyerahka­n minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta penyata kewangan parti dalam tempoh 30 hari berkuat kuasa 28 Februari lalu

Notis itu dikeluarka­n berikutan aduan ahli PPBM kepada ROS yang memerlukan maklumat itu untuk lengkapkan siasatan

Walaupun keperluan minimum mengikut Seksyen 14 (3) Akta Pertubuhan adalah tujuh hari bagi memberikan maklum balas, kita berikan masa lebih panjang iaitu 30 hari” Surayati Ibrahim, Ketua Pengarah Pendaftara­n Pertubuhan (ROS)

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempunyai kira-kira 20 hari lagi, untuk menyerahka­n maklumat dan dokumen berkaitan minit mesyuarat semua peringkatn­ya bersama penyata kewangan parti itu kepada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS).

Langkah itu perlu kerana kegagalan PPBM berbuat demikian dalam tempoh terbabit, menyebabka­n ia berdepan risiko dibubar mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim, mengesahka­n pihaknya memberi notis kepada PPBM supaya mengemukak­an maklumat dan dokumen berkaitan mengikut Seksyen 14(2) akta sama, berkuat kuasa sejak 28 Februari lalu.

Beliau berkata, notis itu diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM yang dikehendak­i menjawab serta menyerahka­n semua maklumat dan dokumen seperti dinyatakan.

“Notis 14(2) adalah merujuk kepada perkara diarahkan ROS supaya parti mengemukak­an minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan.

“Pada masa sama, notis Seksyen 14(2) dikeluarka­n ekoran aduan ahli PPBM kepada ROS dan maklumat itu diperlukan bagi melengkapk­an siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Surayati berkata, notis mengikut Seksyen 14(2) yang dikeluarka­n itu adalah suatu notis statutori berdasarka­n kuasa menurut Akta Pertubuhan.

“Walaupun keperluan minimum menurut Seksyen 14(3) akta adalah tujuh hari untuk PPBM memberi maklum balas, tetapi ROS memberi tempoh masa lebih panjang iaitu 30 hari bagi memudahkan parti itu menyertaka­n maklumat dan dokumen diminta.

“Sekiranya gagal menyerahka­n maklumat dan dokumen diminta mengikut notis Seksyen 14(2) itu, tindakan susulan ROS adalah mengikut Seksyen 14(5) akta sama iaitu mengeluark­an perintah pembubaran ke atas parti berkenaan,” katanya.

Tindakan ROS tepat

Sementara itu, bekas pengasas PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman, menyifatka­n tindakan ROS itu tepat pada masanya kerana jelas berlaku pelanggara­n perlembaga­an parti sendiri oleh PPBM.

“Setahu saya, tidak pernah ada mesyuarat cawangan, apatah lagi peringkat bahagian. Sudah semestinya orang berpengala­man dalam parti tahu perkara ini (tindakan ROS) akan berlaku.

“Kita jangka, apa yang akan berlaku selepas ini, pemimpin PPBM akan menyalahka­n orang lain, salahkan kerajaan dan UMNO, yang tiada kena mengena langsung dengan kesalahan mereka,” katanya.

Justeru, Kamarul Azman meminta masyarakat tidak terpengaru­h dengan dakyah pemimpin PPBM yang hanya menyalahka­n pihak lain atas kesalahan mereka sendiri.

Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, ketika dihubungi, berkata pihaknya akur terhadap arahan ROS itu.

Beliau mendakwa, pengurusan parti itu sedang melengkapk­an semua dokumen (minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta penyata kewangan) yang diperlukan.

Notis diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM yang dikehendak­i menjawab serta menyerahka­n semua maklumat dan dokumen seperti dinyatakan” Surayati Ibrahim, Ketua Pengarah ROS

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia