Berita Harian

Wuduk guna air tangki SYABAS

Taman Setiawangs­a, kawasan sekitar terjejas teruk ekoran krisis

- Oleh Syanty Octavia Amry, Awaina Arbee dan Fharkhan Abdul Ghapar

Orang ramai beratur panjang mengambil wuduk untuk menunaikan solat Jumaat dengan air dari tangki yang dibekalkan SYABAS berikutan gangguan bekalan air di Masjid Al Najihin, Bandar Sri Pemaisuri, Cheras, semalam.

Taman Setiawangs­a dan kawasan sekitarnya di ibu kota, adalah antara yang terjejas teruk ekoran krisis air yang berlaku sejak Selasa lalu.

Rata-rata penduduk mengakui tertekan dan berasa susah kerana bagi mereka, air adalah keperluan harian buat semua.

Tidak hanya kawasan perumahan, sekolah, tadika dan beberapa medan selera sekitar kawasan sini turut terganggu dengan masalah air ini.

Masalah yang dijanjikan berakhir Ahad ini, memaksa penduduk dan orang ramai terpaksa menunggu bekalan yang dihantar oleh Syarikat Bekalan Air Sdn Bhd (SYABAS).

Seawal jam 3 pagi, ketika ramai yang lena dibuai mimpi, penduduk di sini bersiap sedia menunggu bekalan air tiba mengikut jadual diberikan syarikat bekalan utiliti itu.

Tinjauan di Taman Setiawangs­a pagi semalam mendapati, penduduk mengerumun­i lokasi yang disediakan bekalan sementara itu.

Penduduk, Masrini Massri, 34, berkata dalam sehari, dua kali lori SYABAS datang menghantar bekalan menyebabka­n dia perlu bersiap sedia apabila diberitahu persatuan penduduk kawasan tempat tinggalnya.

Jadual tidak menentu

“Jadual kedatangan bekalan air tidak menentu, jadi saya dan suami perlu sentiasa bersiap sedia. Kadang-kadang awal pagi sekitar jam 3 dan 6 pagi.

“Kadang-kadang mereka datang jam 3 pagi dan 1 tengah hari. Memang penat tetapi apa boleh buat kalau tidak tunggu memang keringlah rumah tanpa air, sedangkan sada tiga anak kecil masih bersekolah dan pastinya memerlukan air setiap hari untuk kegunaan harian,” katanya.

Penduduk, Azman Shaari, 48, mendakwa air di rumahnya sejak Isnin lalu, sebelum dimaklumka­n SYABAS mengenai gangguan bekalan air.

“Masalah ini menyusahka­n saya yang mempunyai empat anak yang masih bersekolah. Isteri juga sukar memasak di rumah dan kami tidak dapat mandi dengan selesa seperti biasa apabila pulang daripada kerja,” katanya.

Beliau yang juga seorang guru berkata, sekolahnya turut mengalami nasib sama.

“Saya mengajar sesi petang di SMK Taman Setiawangs­a dan tangki air setiap hari kering. Kami terpaksa menghubung­i SYABAS meminta mereka datang membekalka­n air untuk semua,” katanya.

Selain kediaman penduduk, beberapa masjid yang terjejas terpaksa mendapat bekalan air daripada tangki SYABAS bagi urusan solat Jumaat semalam.

Pesara, Ahmad Kamal, 50, berkata beberapa kedai makan sekitar Bandar Sri Permaisuri pula, menggunaka­n bekas makanan pakai buang berikutan tiada bekalan air untuk pembersiha­n.

“Saya berharap masalah ini akan segera berakhir dan selesai seperti yang dijanjikan,” katanya.

Loji mula beroperasi semalam

Sementara itu, Ketua Jabatan Perhubunga­n Pelanggan dan Komunikasi pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad, berkata Loji Rawatan Air Selangor (LRA) Fasa 3 (SSP3) yang terbabit dalam proses pembaikan pada 6 Mac lalu, sudah mula kembali beroperasi semalam.

Beliau berkata, bekalan air kepada pengguna meliputi enam kawasan di Selangor dijangka pulih secara berperingk­at mulai malam tadi atau awal pagi ini kerana proses pemulihan bergantung kepada tekanan di sistem agihan, lokasi geografi dan altitud premis pelanggan.

“Loji kembali beroperasi dengan purata kapasiti air 830 juta liter sehari (JLH). Proses mengepam bekalan ke Kolam Imbangan Bukit Tadun giat dilaksanak­an, seterusnya akan disalurkan ke sistem utama dan kolam perkhidmat­an bagi proses pemulihan.” katanya.

Selasa lalu, lima kakitangan Air Selangor dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) cedera selepas sistem mampatan udara di loji itu pecah, ketika persediaan mengaktifk­an semula operasi loji selepas kerja pembaikan siap kira-kira jam 5 petang.

Susulan kejadian itu, jadual pemulihan gangguan bekalan air yang menjejaska­n 563,622 akaun pengguna air di sekitar Lembah Klang terpaksa dilanjutka­n hingga esok.

Abdul Raof berkata, pengguna di kawasan terjejas boleh mendapatka­n bekalan air di Pusat Khidmat Setempat, selain 24 pili awam yang diaktifkan.

Untuk maklumat berhubung gangguan bekalan air dan status terkini gangguan, layari laman rasmi SYABAS di www.syabas.com.my; Facebook Air Selangor, aplikasi telefon pintar mysyabas atau hubungi talian 15300 atau 1800 88 5252.

Aduan berkaitan bil tinggi, sila hantar gambar bil air ke Whatsapp 019-2816793 / 019-2800919 atau e-mel ke wecare@airselango­r.com manakala permohonan bantuan tanker, hantar SMS ke 15300 (taip Tanker).

 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] ??
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH]
 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] ?? Penduduk beratur mengambil air di tepi jalan Taman Setiawangs­a berhampira­n Pusat Komuniti Setiawangs­a, semalam.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] Penduduk beratur mengambil air di tepi jalan Taman Setiawangs­a berhampira­n Pusat Komuniti Setiawangs­a, semalam.
 ??  ?? Pemilik kedai Daring Tomyam, Mahani Zakaria terkilan selama dua hari disebabkan tiada air. kerana terpaksa menutup kedai
Pemilik kedai Daring Tomyam, Mahani Zakaria terkilan selama dua hari disebabkan tiada air. kerana terpaksa menutup kedai
 ??  ?? Pihak pengurusan menambah air yang disimpan bagi kegunaan orang ramai mengambil wuduk di Masjid Mu'adz Bin Jabal dekat Taman Setiawangs­a.
Pihak pengurusan menambah air yang disimpan bagi kegunaan orang ramai mengambil wuduk di Masjid Mu'adz Bin Jabal dekat Taman Setiawangs­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia