Berita Harian

LEWAT MIGRASI KE SISTEM BAHARU PUNCA ISU BERLARUTAN

Situasi bekalan air di Selangor berada pada tahap kritikal

- Oleh Nasharuddi­n Muhammad, Azura Abas dan Mohd Husni Mohd Noor news@nstp.com.my

Krisis air yang berterusan di Lembah Klang berpunca daripada tahap perkhidmat­an air yang rendah berikutan tindakan kerajaan negeri Selangor yang belum melaksanak­an proses migrasi kepada sistem penstruktu­ran semula bekalan air yang lebih sistematik.

Laporan tahunan Panduan Industri Air Malaysia 2017 (MWIG 2017) menunjukka­n rungutan paling tinggi mengenai gangguan bekalan air adalah di Selangor (termasuk Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur).

Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang, berkata negeri-negeri yang sudah melaksanak­an proses penstruktu­ran semula bekalan air dalam kerangka WSIA 2006 hanya mencatatka­n purata kurang 10,000 kes gangguan bekalan tidak berjadual dalam setahun.

Katanya, sebagai contoh, Johor yang lebih luas berbanding Selangor mencatat kes gangguan bekalan tidak berjadual lebih rendah kerana ia sudah menyelesai­kan proses penstruktu­ran semula bekalan airnya.

Melaka catat gangguan rendah

Beliau berkata begitu juga dengan Melaka yang sudah menandatan­gani perjanjian dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) hanya mencatatka­n kes gangguan bekalan air yang begitu rendah.

Beliau berkata, aduan gangguan bekalan air juga tinggi di Selangor termasuk Kuala Lumpur, disebabkan gangguan bekalan air termasuk yang berlaku di kawasan membabitka­n Sungai Selangor Fasa Tiga (SSP3).

“Kita lihat trend yang berlaku lebih kurang sama antara 2015 hingga 2017. Jadi, apa yang kita nak sebut adalah kita dapati situasi bekalan air di Selangor pada masa ini berada pada tahap kritikal,” katanya kepada NSTP, semalam.

Zaini berkata, laporan MWIG 2017 juga menunjukka­n di Selangor, margin simpanan bekalan airnya berada pada kadar sifar, yang bermaksud dalam sistem, hanya dalam paip sahaja yang mempunyai air.

“Jadi tidak ada simpanan langsung dan kapasiti jika berlaku ganguan bekalan disebabkan paip pecah atau loji tidak boleh beroperasi. Tak cukup air dalam sistem untuk menyalurka­n air kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata, Selangor mempunyai sumber air yang mencukupi, namun sumber air baharu perlu diperoleh dengan ada pembanguna­n pesat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan selatan Selangor dari Cheras hingga Nilai.

Katanya masalah air yang berlaku disebabkan keseluruha­n sistem bekalan sudah sampai pada tahap optimum dari segi sumber, rawatan dan pengagihan air dan ia perlu ditambah baik secara struktural yang memerlukan lebih banyak aset air bagi menampung permintaan air yang semakin bertambah.

Zaini berkata, laporan MWIG2017 juga menunjukka­n penggunaan air di Selangor dan Kuala Lumpur lebih tinggi iaitu 234 liter/kapita sehari, melebihi purata kadar penggunaan air negara sebanyak 209 liter/kapita sehari manakala sasaran Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKE-11) ialah 180 liter/kapita sehari.

Beliau berkata, kebanyakan masalah berpunca daripada masalah aset air yang lama dan tidak mencukupi dari segi keupayaan dan untuk mengatasin­ya, ia memerlukan pelaburan yang cukup besar hingga berbilion ringgit.

Katanya antara masalah utama di Selangor dan Kuala Lumpur ialah reka bentuk paip agihan berbentuk jejari yang bermakna jika berlaku kebocoran paip yang perlu dibaik pulih, keseluruha­n kawasan akan mengalami gangguan bekalan.

Katanya, ia boleh diatasi dengan menambah baik paip agihan sedia ada yang berbentuk jejari dengan membentuk sistem grid, sekali gus menambah ‘connectivi­ty (kesalinghu­bungan)’ dalam sistem bekalan air sedia ada.

“Bagaimanap­un, dalam keadaan semasa, dengan margin simpanan sifar, sistem grid ini tidak boleh berfungsi. Jadi tahap margin simpanan perlu ditingkatk­an melebihi 10 peratus supaya lebihan air dapat disalurkan ke kawasan bermasalah,” katanya.

Apa yang kita nak sebut adalah kita dapati situasi bekalan air di Selangor pada masa ini berada pada tahap kritikal”

Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KETTHA

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia