Berita Harian

PROGRAM PEMUTIHAN SELESAI ISU NIKAH RENTAS SEMPADAN

Penyelesai­aan masalah berkahwin di luar negara

- Oleh Adie Suri Zulkefli, Petah Wazzan Iskandar, Muhaamad Hafis Nawawi, Suzalina Halid dan Nor Farhani Che Ad cnews@nstp.com.my

Lebih 10,000 isteri dan 30,000 anak Kedah menarik nafas lega apabila mereka berpeluang diiktiraf hak masingmasi­ng dalam institusi kekeluarga­an negara bermula 1 April ini.

Ia berikutan Program Pemutihan Nikah Rentas Sempadan yang dianjurkan selama enam bulan sehingga September depan oleh kerajaan Kedah bertujuan menyelesai­kan masalah kepada mereka yang berkahwin di luar negara, termasuk Thailand.

Penyelaras program terbabit, Mohd Nor Azim Abd Razak berkata, Kedah menjadi negeri ketiga yang berusaha membantu pasangan Islam dan mereka yang mempunyai anak untuk mendapatka­n hak selepas Pahang dan Selangor.

Katanya, pihaknya menerima banyak aduan daripada pasangan yang berkahwin untuk pertama kali atau berpoligam­i sesama rakyat Malaysia atau warga asing gagal mendapatka­n sijil nikah negara ini, termasuk sijil kelahiran anak.

“Masalah ini timbul apabila pasangan yang bernikah secara sah di luar negara tidak mendaftar perkahwina­n mereka di negara ini hingga menyebabka­n pelbagai isu timbul apabila berlakunya perceraian, kematian atau permohonan sijil kelahiran anak.

“Program ini adalah idea Pengerusi Jawatankua­sa Agama, Pelanconga­n dan Warisan serta Kerja Raya negeri, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid yang mahu mengelakka­n pasangan tidak mendaftark­an perkahwina­n, sekali gus menyebabka­n hak isteri dan anak terabai.

Program mampu bantu

“Program ini diyakini mampu membantu mana-mana isteri, termasuk yang berpoligam­i melindungi hak mereka sekali gus mengelakka­n pengabaian hak nafkah, manakala anak mereka akan dikategori­kan Anak Tidak Sah Taraf (ATST) yang memberi tanggapan negatif dalam masyarakat.

“Bayangkan jika berlakunya masalah, sudah pasti isteri dan anak mereka akan terabai hingga menjejaska­n masa depan,” katanya yang ditemui di sini baru-baru ini.

Mohd Nor Azim berkata, pihaknya mensasarka­n program permulaan ini dianjur selama enam bulan bagi melihat sambutan dan perkara yang mungkin timbul untuk diperkasak­an.

Beliau berkata, pihaknya akan memberi keutamaan kepada pasangan yang berkahwin pada 2017 dan sebelumnya, serta mereka yang sudah mempunyai anak.

“Kita akan membuka pendaftara­n bersyarat kepada semua pasangan yang mahu mendaftar dan mereka perlu hadir ke kaunter di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAINK) atau pejabat agama daerah.

“Pasangan terbabit atau salah seorang daripada mereka perlu mengemukak­an dokumen yang sah seperti kad pengenalan suami isteri, surat nikah negara tempat bernikah, surat pengesahan konsulat Malaysia di negara terbabit dan dokumen perjalanan yang sah.

Syaratwaji­bperlu dikemukana­kan

“Semua syarat terbabit adalah perkara wajib yang perlu dikemukaka­n untuk diproses, manakala mereka yang kehilangan dokumen atau mengalami kerosakan teruk, perlu membuat carian semula di tempat mereka bernikah,” katanya.

Menurutnya, bagi pasangan yang kehilangan dokumen perjalanan, akuan bersumpah perlu dibuat.

Mohd Nor Azim berkata, pihaknya mempermuda­hkan proses pendaftara­n perkahwina­n rentas sempadan menerusi denda minimum iaitu RM300 kepada pasangan terbabit, berbanding RM3,000 sebelum ini.

“Kita bercadang menyelesai­kan setiap satu pasangan yang sudah membuat pendaftara­n lengkap, dan mereka akan dipanggil ke Mahkamah Syariah untuk penghakima­n dalam tempoh kurang 100 hari.

“Selepas itu, mereka perlu membayar denda sebelum sijil nikah Malaysia dikeluarka­n JHEAINK. Bagi anak pula, pendaftara­n boleh dibuat di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) untuk mendapatka­n surat beranak atau kad pengenalan,” katanya.

Bagi anak yang dikategori­kan ATST, Mohd Nor Azim berkata, mereka boleh meminda nama bapa yang sebelum itu ‘Bin Abdullah atau Abdul’ kepada bapa kandung masing-masing.

“Usaha ini diyakini mampu menyelesai­kan masalah ATST yang pada asasnya berlaku apabila ibu bapa yang bernikah di luar negara tetapi gagal mendaftark­an perkahwina­n mereka di negara ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia