Berita Harian

Manifesto BN mesra orang muda

PM jamin perancanga­n teratur penuhi keperluan generasi hari ini, masa depan

- Oleh Junita Mat Rasid dan Mohamed Farid Noh

Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan, manifesto yang akan dibentangk­an Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dipastikan mesra kepada generasi muda yang menjadi aset penting kepada negara.

Perdana Menteri menegaskan, langkah itu diambil kerana BN serius membangunk­an keperluan generasi muda negara, berbanding pembangkan­g.

Katanya, BN mempunyai perancanga­n jelas dan teratur untuk masa depan generasi muda negara ini, jika diberi mandat pada PRU-14 nanti.

Bab khusus untuk generasi muda

“Saya bersetuju dengan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda BN) supaya memasukkan bab khusus untuk generasi muda Pemuda dan Puteri dalam manifesto BN.

“Kita akan fikir mengenai ilmu dan kemahiran, gaji dan pendapatan, peluang pekerjaan, tempat tinggal serta gaya hidup orang muda. Semuanya kita akan masukkan dalam manifesto BN.

“Kita (BN) mahu lihat masa depan generasi muda kita yang jauh lebih baik. Kita bukan parti untuk hari ini saja, malah untuk masa depan,” katanya ketika berucap pada pelancaran Himpunan Jentera Pemuda dan Puteri BN Peringkat Kebangsaan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh di sini, semalam.

Masa sama, Perdana Menteri membidas pembangkan­g yang disifatkan sebagai tidak ikhlas dalam memperkasa­kan generasi muda negara ini.

“Ada pemimpin pembangkan­g ketika berucap melancarka­n manifesto, mereka kata tidak kisah masa depan. Ini bukan mesej anak muda. Sebaliknya BN yang mendukung generasi hari ini dan masa depan,” katanya.

Kita (BN) mahu lihat masa depan generasi muda kita yang jauh lebih baik”

Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO ADI SAFRI/BH] ?? Orang ramai mendengar amanat yang disampaika­n Najib pada Majlis pelancaran Himpunan Jentera Pemuda dan Puteri BN Peringkat Kebangsaan di Pagoh, semalam.
[FOTO ADI SAFRI/BH] Orang ramai mendengar amanat yang disampaika­n Najib pada Majlis pelancaran Himpunan Jentera Pemuda dan Puteri BN Peringkat Kebangsaan di Pagoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia