Berita Harian

Pembangkan­g tak mampu tadbir negara

-

Pagoh: Pembangkan­g terbukti tidak mampu menguruska­n negara, kerana parti dalam gabunganny­a sendiri mempunyai pelbagai masalah dalaman, termasuk tidak mampu mengendali­kan mesyuarat cawangan dan bahagian, kata Datuk Seri Najib Razak.

Justeru, Perdana Menteri mengingatk­an rakyat agar tidak mudah menyerahka­n masa depan ke tangan parti yang tidak pasti boleh menguruska­n negara.

“Jangan cakap nak tadbir negara tetapi parti sendiri pun tidak terurus, betulkan diri sendiri dulu,” katanya.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Himpunan Jentera Pemuda dan Puteri Barisan Nasional (BN) Peringkat Kebangsaan di di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh di sini, semalam.

Walaupun tidak menamakan sebarang parti, kenyataan Perdana Menteri itu dipercayai merujuk kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya menyerahka­n minit mesyuarat cawangan, bahagian, pusat serta penyata kewangan bagi melengkapk­an siasatan berikutan aduan ahli sendiri.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, berkata keadaan itu berbeza dengan UMNO yang mematuhi semua peraturan dan mengendali­kan mesyuarat peringkat cawangan serta bahagian.

Arah mesyuarat semula

Malah, katanya jika ada cawangan atau bahagian yang tidak menepati syarat, pengurusan mengarahka­nnya bermesyuar­at semula.

“Dua hari lalu, IMF (Tabung Kewangan Antarabang­sa) kata Malaysia berada di atas landasan menuju ekonomi maju. Ini bukan cawangan 'parti bunga' (merujuk PPBM) yang cakap, lagi pun mereka tidak ada cawangan, tidak ada mesyuarat cawangan dan bahagian, tiba-tiba ada mesyuarat agung (pusat).

“UMNO tertib ikut peraturan, kita buat semua. Kalau tak betul, kita arah buat mesyuarat semula,” katanya.

Najib menyifatka­n parti berkenaan sebagai caca-marba apabila hendak menegur orang lain ketika diri sendiri tidak betul, selain boleh dianggap pakatan hipokrit.

“Cuba dengar ucapan mereka (pemimpin pembangkan­g). Dulu mereka kata komplot cauvinis antimelayu, anti-islam, itu mereka cakap, jangan kata tidak (kerana) kita ada rakaman dan (kini) mereka sudah tidur ‘sebantal’ dengan parti yang dikutuk itu.

“Bukan kita tidak kenang jasa tetapi mereka melampau batas, kurang sayang kepada parti dan perjuangan. Pemimpin datang dan pergi tetapi parti kita kekal. Sayangkan parti dan teruskan perjuangan kita,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim, dilaporkan berkata, notis pembubaran akan dikeluarka­n jika PPBM gagal menyerahka­n minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta penyata kewangan dalam tempoh 30 hari berkuat kuasa 28 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia