Berita Harian

Tarikh sesuai bentang usul belum diputuskan

-

Kuala Lumpur: Tarikh mengemukak­an usul persempada­nan semula kawasan pilihan raya masih menjadi teka-teki, walaupun kerajaan mengesahka­n akan membentang­nya pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika mengesahka­n perkara itu berkata beliau yang juga Ketua WHIP, perlu merujuk kepada Perdana Menteri dan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi memilih tarikh sesuai untuk pembentang­an usul berkenaan.

“Tarikh belum ditentukan untuk pembentang­an kerana terdapat perbahasan titah diraja dan selepas itu ada jawapan daripada menteri diikuti pembentang­an akta baharu.

“Saya sebagai Ketua WHIP akan berbincang dengan Ketua Majlis Parlimen iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bilakah tarikh

Tarikh belum ditentukan kerana terdapat perbahasan titah diraja” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

pembentang­an akan ditentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-25 Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye.

Isyarat bubar Parlimen

Usul persempada­nan semula kawasan pilihan raya ditunggu-tunggu semua pihak untuk dibentangk­an di Parlimen, kerana ia akan menjadi isyarat kepada pembubaran Parlimen untuk membolehka­n Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dilangsung­kan.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menyerahka­n Laporan Akhir Kajian Semula Persempada­nan Bahagianba­hagian Pilihan Raya Persekutua­n dan Negeri-negeri Tanah Melayu kepada Perdana Menteri, semalam.

Kajian semula persempada­nan semula itu tergendala lebih setahun berikutan ia dicabar di mahkamah membabitka­n 15 kes yang difailkan pelbagai pihak termasuk di Perak, Selangor dan Melaka.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Zahid berkata, rakyat perlu bijak menilai pendirian parti dan pemimpin pembangkan­g yang tidak konsisten dalam manifesto pilihan raya mereka, khususnya dalam pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

“Dulu mereka tolak GST. Tapi apabila sedar ia elemen penting dalam ekonomi negara, mereka memasukkan­nya. Mereka adalah pemimpin dan parti yang memang konsisten tidak konsisten.

“Pemimpin mereka ‘flip flop’ dalam memberi pendapat dan keputusan. Harapan saya ialah rakyat dapat menilai dan menolak (pemimpin dan parti pembangkan­g) jika pemilihan (PRU) dibuat,” katanya.

Isu PPBM

Menyentuh isu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berisiko dibubar jika gagal mengemukak­an penyata mesyuarat tahunan cawangan, bahagian dan perhimpuna­n agungnya, Timbalan Perdana Menteri menegaskan beliau tidak campur tangan dengan sebarang tindakan dilakukan Pendaftar Pertubuhan (ROS) terhadap parti itu.

“Sebaliknya, PPBM harus penuhi syarat itu seperti termaktub dalam perlembaga­an parti mereka sendiri dan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

“ROS pula bertindak mengikut perlembaga­an PPBM demi kepentinga­n parti itu dan ahli mereka sendiri,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia