Berita Harian

Program kepolisan komuniti dipertingk­at

Pembabitan orang awam beri keberkesan­an tinggi kurangkan kadar jenayah

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Nor Ain Mohamed Radhi cnews@nstp.com.my

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu program kepolisan komuniti yang membabitka­n polis, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan rakyat dipertingk­atkan bagi mengurangk­an kadar jenayah terutama jenayah ringan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, program kepolisan komuniti perlu diberikan penekanan utama kerana mempunyai keberkesan­an tinggi untuk membantera­s jenayah berikutan pembabitan orang awam.

Katanya, walaupun kadar jenayah secara keseluruha­nnya menurun pada peratusan yang cukup baik, jenayah ringan masih mencatatka­n peningkata­n sehingga menimbulka­n persepsi negatif rakyat.

Banteras jenayah

“Jadi, usaha untuk membantera­s jenayah ringan ke peringkat yang minimum hendaklah dilakukan. Kita tidak boleh membebanka­n hanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan usaha ini.

“Maka MCPF sebagai jambatan utama di antara rakyat dan PDRM akan memainkan peranan lebih aktif bagi menentukan soal penurunan kadar jenayah dan (mengurangk­an) perspektif (negatif) rakyat dapat dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-25 MCPF di Maktab PDRM, Cheras di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Timbalan Pengerusi MCPF, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye.

Ahmad Zahid berkata, apabila rakyat menyertai program itu, mereka bukan sahaja menjadi mata dan telinga kepada PDRM untuk melaporkan kejadian jenayah tetapi hubungan kerjasama antara penduduk setempat dan MCPF menunjukka­n keberkesan­an yang baik.

“Saya menyeru kepada rakan daripada pelbagai kaum supaya melakukan beberapa tindakan untuk menambah baik usaha pencegahan jenayah menerusi kepolisan komuniti,” katanya.

MCPF sebagai jambatan utama di antara rakyat dan PDRM akan memainkan peranan lebih aktif” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia