Berita Harian

GERAKAN mahu Guan Eng perjelas hubungan

-

Georgetown: Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta menjelaska­n hubunganny­a dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang disiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan rasuah untuk menutup siasatan projek terowong dasar laut.

Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN negeri, Jason Loo, berkata ia susulan penularan sekeping gambar memaparkan dua individu menyerupai Guan Eng dan ahli perniagaan di laman sosial, sejak kelmarin.

Katanya, Guan Eng wajar mengemukak­an penjelasan berhubung penularan gambar itu kerana ia mempunyai kaitan dengan isu projek mega bernilai RM6.3 bilion, selain turut membabitka­n kepentinga­n awam.

“Kita nak tahu adakah keduadua individu menyerupai Guan Eng dan ahli perniagaan itu benarbenar mereka. Beliau juga perlu jelaskan sama ada ahli perniagaan itu kini disiasat SPRM? Adakah mereka sudah lama berkenalan?

“Apakah hubungan mereka; adakah hanya sebagai ahli politik dengan seorang ahli perniagaan atau rakan karib? Guan Eng juga perlu perjelas bila gambar diambil?,” katanya pada sidang media di sini.

Kelmarin, Mahkamah Majistret Putrajaya membebaska­n ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang direman bagi membantu siasatan kes menerima wang berjumlah RM19 juta untuk menutup siasatan projek mega terowong dasar laut.

Kelmarin, sekeping gambar menyerupai Guan Eng dan seorang individu dipercayai ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di sebuah kediaman mewah, viral di laman sosial.

Sikap pilih kasih

Sementara itu, Naib Pengerusi GERAKAN negeri, Lee Boon Ten mengkritik pendirian Kerajaan DAP Pulau Pinang yang masih mengekalka­n Konsortium Zenith Constructi­on Sdn Bhd (CZC) sebagai syarikat pemaju utama bagi projek terowong dasar laut.

Katanya, tindakan itu antara lain jelas memaparkan sikap pilih kasih diamalkan kerajaan negeri apabila tetap mengekalka­n CZC yang kini dibayangi pelbagai kontrovers­i dan dakwaan memberi rasuah untuk menutup siasatan SPRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia