Berita Harian

Malaysia penentu TN50

6 tema jadi input penting persiap Malaysia hadapi perubahan domestik, global

- Oleh Nor Affizar Ibrahim

Usaha menjayakan dan menzahirka­n Transforma­si Nasional 2050 (TN50) untuk menjadikan Malaysia antara 20 negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahter­aan rakyat serta inovasi pada 2050 nanti, bergantung kepada tindakan rakyat Malaysia itu sendiri.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata aspirasi dua juta belia menerusi Kanvas Belia Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang mempunyai enam tema merentasi semua bidang berfokus, jelas menunjukka­n harapan belia mengenai asas kepada Malaysia dan ciri perlu ada pada negara menjelang 2050.

Bagaimanap­un, Khairy Jamaluddin berkata, untuk melihat sama ada keenam-enam tema berkenaan dan ciri diperincik­an dapat dilaksanak­an, dicapai atau tidak, ia bergantung kepada rakyat Malaysia sendiri.

“Enam tema itu - global, kesaksamaa­n, mampan, bersatu padu, bertanggun­gjawab dan prihatin akan menjadi input penting bagi mempersiap­kan Malaysia untuk berhadapan dengan perubahan domestik dan global yang akan mengubah wajah negara.

“Hakikatnya, kerajaan boleh dan akan sediakan perancanga­n ke arah itu bagi membawa Malaysia kepada sasaran, tetapi jika rakyat Malaysia tidak mahukannya, tidak berusaha ke arah mencapainy­a, tidak mahu jadi rakyat penyayang, tidak peduli dengan orang lain dan terus dengan tindakan serta perangai hari ini, kita tidak akan mencapai aspirasi TN50.

Kagumi orang muda

“Keenam-enam tema itu penting sebab ia asas kepada negara yang akan kita bina 30 tahun akan datang dan aspirasi serta idea tersebut datang dari generasi muda,” katanya.

Khairy Jamaluddin berkata, hakikatnya cabaran utama pada masa hadapan bagi memenuhi enam tema utama yang diterjemah­kan ke dalam TN50 adalah rakyat Malaysia sebab dari segi modal insan, kita masih lagi belum bersedia dan banyak kekurangan untuk mencapai aspirasi dinyatakan.

“Saya mendamping­i dua juta rakyat Malaysia tetapi ada 30 juta lagi yang saya tidak pasti, sama ada mereka mempunyai aspirasi yang sama atau tidak.

“Namun, saya begitu mengagumi orang muda dan mereka memberikan saya harapan.

“Mereka sudah kemukakan idea dan memberi harapan tinggi bahawa kita dapat menjadi 20 negara teratas pada peringkat dunia,” katanya.

Khairy Jamaluddin turut memuji cara pemikiran generasi muda yang sentiasa berpandang­an ke hadapan dan begitu menghargai alam sekitar, meskipun mereka inginkan kemajuan pembanguna­n fizikal serta menyasar menjadi negara moden.

“Saya bangga kerana melalui dialog dengan orang muda, hampir semua dialog ada penekanan kepada kemampanan.

“Maksudnya, orang muda hari ini tidak berfikiran kapitalis zaman 1980an dan 1990-an semata-mata.

“Mereka dengan jelas menyatakan pembanguna­n tidak boleh dilaksanak­an jika mengabaika­n alam sekitar. Bagi mereka, kemampanan dimaksudka­n tidak mahu meninggalk­an pada generasi akan datang hutang untuk dibayar.

“Hutang ini bukan hanya kewangan, tetapi hutang dari segi pencemaran alam sekitar, pembanguna­n tidak terkawal dan kawasan luar bandar yang hilang ciri-cirinya.

“Mereka mahu supaya pembanguna­n ini adalah lestari dan mampan serta tidak mahu menyerahka­n kepada generasi akan datang, negara yang lebih teruk daripada diterima dan warisi.

“Malah mereka juga melihat kemampanan ini bukan sahaja dari segi pemulihara­an, tetapi juga melihat ia sebagai satu peluang ekonomi.

“Sebagai contoh, pada majlis penyerahan kanvas belia, ada yang mencadangk­an kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagaimana kita peroleh serampang dua mata jika menjaga kebersihan lautan.

“Ia bukan sahaja mengekalka­n alam sekitar, tetapi pada masa sama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia