Berita Harian

Selangor perlu segerakan proses migrasi

-

Putrajaya: Krisis air di Lembah Klang akan berterusan selagi kerajaan negeri pimpinan PKR tidak mengambil langkah drastik untuk menanganin­ya dengan segera.

Untuk jangka panjang, apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah itu sepenuhnya ialah kerajaan negeri melakukan migrasi kepada sistem baharu yang lebih sistematik dalam kerangka Akta Industri Perkhidmat­an Air (WSIA 2007).

Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang, berkata hanya dengan migrasi kepada sistem baharu itu, proses berkaitan dengan pembaikpul­ihan infrastruk­tur dan meningkatk­an kapasiti Loji Rawatan Air (LRA) dapat dijalankan.

Beliau berkata, menerusi WSIA, tugas membangunk­an aset air dilaksanak­an Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang dimiliki sepenuhnya Kementeria­n Kewangan Diperbadan­kan dan PAAB bertanggun­gjawab mendapatka­n dana pada kadar termurah untuk membina LRA serta membina dan mengganti infrastruk­tur.

Katanya, menerusi proses migrasi itu juga, semua syarikat air di Selangor akan dimiliki sepenuhnya kerajaan negeri menerusi pengambila­lihan ekuiti dalam Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) yang dibiayai PAAB.

Ketika ini, kerajaan Selangor menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (AIS) hanya memiliki 30 peratus ekuiti dalam SPLASH dan apabila proses migrasi dimuktamad­kan, AIS akan menguasai 100 peratus kepentinga­n dalam SPLASH.

Laksana tugas operasi bekalan

“Jika proses migrasi itu dilaksanak­an sepenuhnya, AIS akan hanya melaksanak­an tugas operasi bekalan tanpa perlu mencari dana membangunk­an aset baharu atau menambah baik aset lama.

“Sebab itu, kita (Kerajaan Persekutua­n) sudah minta dan perbincang­an sedang dibuat untuk menyelesai­kan proses migrasi ini. Jadi, ini usaha kita untuk memastikan migrasi berlaku sepenuhnya. “Maksud migrasi dalam konteks ini adalah syarikat (operator) air tidak bertanggun­gjawab untuk menyediaka­n perbelanja­an modal untuk membina aset baharu termasuk loji baru,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Zaini berkata, bagi membolehka­n proses migrasi disempurna­kan, Kerajaan Selangor perlu membuat tawaran harga kepada SPLASH untuk mengambil alih lebihan ekuiti sebanyak 70 peratus mengikut harga dipersetuj­ui kedua-dua pihak dengan Kerajaan Persekutua­n hanya bertindak sebagai pemudah cara berdasarka­n prinsip willing seller and willing buyer.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor tidak mempunyai pilihan melainkan melaksanak­an segera proses migrasi itu, ditambah dalam keadaan sekarang, SPLASH juga mempunyai isu pembayaran dengan AIS iaitu syarikat dimiliki kerajaan negeri.

“Dalam hal ini, tidak timbul Kerajaan Persekutua­n mahu politikkan isu air, kita menantikan migrasi itu berlaku, tiada isu politik di sini. Jika sudah sedia, esok pun boleh tandatanga­n,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutua­n juga sudah menyiapkan terowong bernilai RM3.5 bilion sejak dua tahun lalu dan LRA Sungai Langat 2 yang boleh menampung 1,130 juta liter sehari (MLD) yang akan memberi bekalan air tambahan kepada Kerajaan Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia