Berita Harian

Tidak serius urusan ambil alih SPLASH

Kerajaan Selangor didakwa cuai, sambil lewa tangani krisis air

- Oleh Rafidah Mat Ruzki

Kerajaan Selangor didakwa tidak serius dalam usaha mengambil alih syarikat konsesi Syarikat Pengeluara­n Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH), walaupun sepatutnya sudah berbuat demikian.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sebaliknya Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memberi tumpuan kepada bagaimana mahu membayar lebih RM2.7 bilion kepada syarikat berkenaan dan bukannya menyelesai­kan isu air di negeri itu.

Beliau berkata, tindakan itu satu kecuaian jelas oleh kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin.

Pemegang saham SPLASH kaut untung

Katanya, Kerajaan Selangor sepatutnya sudah mengambil alih SPLASH dan kecuaian itu memberi ruang kepada pemegang saham SPLASH mengaut lebih banyak untung sehingga mereka menjadi berani sebegini.

“Seorang Menteri Besar sepatutnya berjuang untuk rakyat, tetapi pergerakan mungkin terhad kerana terlalu kenyang hingga termuntah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada 5 November 2016, BH melaporkan Abdul Khalid menafikan Kerajaan Selangor tidak pernah menawarkan bayaran RM2.975 bilion bagi pengambila­lihan ekuiti SPLASH, antara 2008 hingga 2014 seperti didakwa Mohamed Azmin ketika menggulung Belanjawan 2017 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sehari sebelum itu.

Sebaliknya, beliau dilaporkan berkata, dakwaan berkenaan dibuat bagi mengalihka­n perbincang­an mengenai keputusan pentadbira­n Mohamed Azmin untuk membayar RM2.7 bilion terhadap ekuiti syarikat konsesi air itu, iaitu 10 kali lebih tinggi daripada tawaran asal berjumlah RM250.6 juta.

Sementara itu, Abdul Khalid turut mengulas kenyataan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dalam sebuah portal berita yang menyalahka­n SPLASH dalam isu gangguan bekalan air, yang kini menjejaska­n lebih 500,000 kediaman di lima kawasan di Lembah Klang.

Katanya, beliau ingin mengingatk­an Hannah bahawa beliau pernah meminta DUN membawa isu air dan pengambila­n SPLASH ini kepada Jawatankua­sa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertangg­ungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).

Bagaimanap­un katanya, usulnya itu ditolak mentah-mentah oleh Hannah.

“Mungkin ketika itu (Hannah) berasakan ia tidak begitu penting. Natijahnya, rakyat terpaksa menanggung seksa akibat pemimpin yang mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, berkata kerajaan Selangor tidak boleh menyalahka­n pihak lain kerana tidak cekap mentadbir dalam isu bekalan air serta tidak dipolemikk­an sebagai isu politik.

Beliau berkata, menyalahka­n orang lain dilihat sudah menjadi kelaziman pembangkan­g sematamata untuk mengeliruk­an rakyat.

“Tindakan Menteri Besar Selangor menuding jari menyalahka­n Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutua­n adalah tidak wajar.

“Kerajaan Selangor sebaliknya harus segera fokus dalam menyelesai­kan isu itu, bukan bertindak seperti baling batu, sembunyi tangan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Malah Irmohizam berkata, Hannah turut menyalahka­n SPLASH, yang juga syarikat milik kerajaan negeri, atas masalah gangguan bekalan air di sekitar Lembah Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia