Berita Harian

Filem biografi suntik semangat ke Seluruh England

-

Sejak awal lagi saya diajar tiada jalan pintas untuk kita mencapai kejayaan. Semuanya memerlukan pengorbana­n besar untuk menjadi pemain utama dunia. Penonton juga dapat menyaksika­n bagaimana saya korbankan zaman remaja saya semata-mata mahu mengejar impian menjadi pemain badminton nombor satu dunia.

Secara peribadi saya berasakan tayangan perdana ini diadakan tepat pada masanya. Peluang menyaksika­nnya bersama penonton yang hadir meningkatk­an lagi semangat saya untuk menghasilk­an keputusan positif pada saingan Seluruh England kali ini. Entah mengapa secara tiba-tiba saya menjadi cukup bersemanga­t untuk ke Birmingham selepas menyaksika­n filem ini. Ia mungkin disebabkan filem ini membuatkan saya kembali sedar masih banyak yang saya perlu lakukan untuk terus melakar kejayaan. Saya perlu terus bekerja keras kerana kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang berterusan.

Ketika saya bersetuju untuk berkongsi kisah kehidupan saya menjadi sebuah filem, bukan keuntungan yang saya fikirkan. Sebaliknya, saya mahu semua yang saya lalui mampu menjadi inspirasi kepada pemain muda dalam misi melakar kejayaan di pentas dunia.

Pengorbana­n 19 tahun

Filem ini menjadi bukti terhadap pengorbana­n yang saya lakukan selama 19 tahun bergelar pemain kebangsaan untuk mencipta kejayaan di pentas dunia. Saya mahu semua tahu apa yang saya lakukan selama ini adalah demi mengharumk­an nama Malaysia.

Saya juga berharap filem ini dapat membuatkan ibu bapa memberi galakan kepada anak yang berminat dengan badminton untuk terus bekerja keras bagi mencapai kejayaan. Berilah sokongan kepada anak yang berminat dengan sukan badminton kerana sukan ini turut menjanjika­n sumber pendapatan lumayan. Mungkin hadiah kemenangan wang tunai tidak sehebat wang sukan tenis ketika ini, namun saya percaya penambahba­ikan akan terus dilakukan oleh pihak yang bertanggun­gjawab.

 ??  ??
 ??  ?? Poster filem Lee Chong Wei; Rise of The Legend.
Poster filem Lee Chong Wei; Rise of The Legend.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia