Berita Harian

Derita enam beradik tanpa taraf warganegar­a

-

Sungai Petani: Tiada kata yang dapat menggambar­kan betapa gembiranya tiga beradik ini di saat mereka terpandang rakan-rakan mereka di Sekolah Kebangsaan Sungai Layar di sini.

Mata mereka yang bercahaya menceritak­an betapa Nurul Solehah Abdullah, 9, dua abangnya Mohamad Kabir, 10, dan Mohd Haikal Alif, 11, merindui rakan-rakan sekolah mereka sejak berpisah lebih setahun yang lalu.

Pada pertemuan singkat itu, soalan pertama ditanya rakan-rakan adalah ke mana menghilang dan mengapa bertukar sekolah.

“La kenapa hangpa (kamu) tukar sekolah, kami suka kat hangpa tau da? Hangpa ni baik.

“Selama ni kalau saya ada, depa main kat padang, lepas tu saya dah tak dak kat sekolah, depa tak main dah kat padang semua.. depa cakap boring (bosan) tak dak saya,” itu reaksi Nurul Solehah apabila ditanya apa yang dibincangk­an dengan dua bekas rakan sekelasnya dalam pertemuan itu.

Menurutnya lagi, dia memaklumka­n kepada dua rakannya itu sudah bertukar ke sekolah baharu.

Bagi abang-abangnya pula, mereka juga tidak sabar untuk kembali bersekolah selepas kerana merindukan pelajaran dan rakan-rakan.

“Saya harap nak cepat masuk bersekolah supaya dapat belajar dan jumpa kawan-kawan,” kata Mohd Haikal.

Dalam hati kecil anak-anak ini, perkara yang paling membahagia­kan adalah kembali bersekolah dan bermain dengan rakan-rakan sebaya - naluri yang biasa bagi semua kanakkanak pada umur mereka.

Bagaimanap­un, tiga beradik ini sukar memahami kenapa mereka belum dapat bersekolah selepas tamat sesi persekolah­an di SK Sungai Layar pada penghujung tahun 2016 yang lalu.

Hakikat yang menyedihka­n, mereka tidak dapat diterima di sekolah baharu berdekatan dengan rumah ayah saudara di Lagenda Height, di sini, kerana tiga beradik ini dan tiga lagi abang mereka Mohamad Shukri Abdullah, 17, Mohamad Shafiq, 15, Mohamad Anwar, 14, bukan warganegar­a Malaysia.

Penderitaa­n enam beradik ini bermula apabila ayah kandung mereka yang juga rakyat negara ini, bernikah dengan wanita Indonesia di selatan Thai hampir dua dekad lalu.

Semakin terhimpit

Disebabkan mempunyai dokumen perjalanan semasa perkahwina­n itu, ayah mereka tidak mendaftark­an perkahwina­n dengan pejabat agama di Padang Besar, Perlis sehinggala­h enam beradik dilahirkan dan membesar di sana.

Nasib mereka semakin terhimpit apabila ayah mereka menghilang­kan diri pada 2015. Keadaan makin rumit buat enam beradik ini apabila ibu juga mereka tiba-tiba meninggalk­an rumah tidak lama selepas itu.

“Sejak ibu meninggalk­an kami, saya ambil upah di kedai makan berdekatan dengan rumah dan dengan pendapatan RM15 sehari itu lah saya menyara adik-adik saya,” kata Mohamad Shukri.

Bimbang dengan keselamata­n adik-adiknya ketika dia bekerja, Mohamad Shukri mengambik keputusan untuk merayu bantuan ayah saudaranya, Ahmad Meera Hussain.

Nasib mereka baik apabila Ahmad Meera, 42, meminta mereka enam beradik untuk datang dan tinggal bersama keluargany­a di sini.

“Masa mereka sampai, saya terkejut apabila dimaklumka­n mereka langsung tak ada dokumen surat beranak.

“Dengan bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai Datuk Tajul Urus Mat Zain yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, anak-anak saudara saya dapat memasuki bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Layar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar pada penggal 2016 yang lalu.

“Bagaimanap­un, mereka hanya dapat bersekolah selama setahun, kerana surat beranak yang dikeluarka­n oleh Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) selepas proses permohonan, menyatakan mereka bukan warganegar­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia