Berita Harian

350 guru ikuti bengkel ADD

Inisiatif tingkat kualiti pengajaran, perkukuh agenda pelan pendidikan

- Oleh Nurul Amanina Suhaini

Seramai 350 guru sekolah rendah dan menengah di daerah ini mengikuti bengkel Akhbar Dalam Darjah (ADD) BH-NEW Straits Times (NST) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, semalam.

Program separuh hari itu adalah lokasi ketiga selepas Kuala Lipis, Pahang dan Ipoh, Perak membabitka­n peserta yang juga tenaga pengajar dari Johor Bahru, Pasir Gudang, Kulai, Kota Tinggi serta Pontian.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan, berkata inisiatif seumpama itu antara mekanisme dalam membantu pendidik memperting­katkan kualiti, bimbingan dan pengajaran kepada murid di dalam bilik darjah.

Katanya, selari dengan Pembelajar­an Abad Ke-21 (PAK-21), pendidik kini berhadapan majoriti penduduk dalam kalangan generasi Y, generasi Z dan seterusnya generasi Alpha yang bergeluman­g dengan persekitar­an digital.

Tambah baik kemahiran

“Kita (warga pendidik) seharusnya menyesuaik­an kemahiran berkaitan maklumat terkini kepada anak, selain menambah baik teknik pembelajar­an sama ada alat bantu, sumber mengajar yang pelbagai, sekali gus menarik perhatian mereka (pelajar).

“Malah, inisiatif bersama dengan pihak luar daripada pendidikan amat penting kerana agenda Pelan Pembanguna­n Pendidikan 20132025 bagi memastikan pendidikan di Malaysia dapat dibangunka­n dengan terbaik.

“Pelan berkenaan adalah anjakan kesembilan iaitu bekerjasam­a dengan ibu bapa, komuniti dan syarikat korporat dalam usaha membangunk­an pendidikan,” katanya berucap merasmikan bengkel ADD di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Jabatan Pendidikan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Farah Ezrin Mohd Rashidi; Pengurus Kanan Jabatan Jualan Akhbar dan Pengedaran NSTP, Zattul Iffah Zaidi serta Ketua Bahagian Kandungan Vertikal Pendidikan NSTP, Fadzlena Jafar.

Azman berkata, kerajaan menerusi Kementeria­n Pendidikan sentiasa bekerjasam­a dengan semua pihak sama ada agensi kerajaan, bukan kerajaan mahupun syarikat korporat untuk membantu murid kerana akhirnya apa yang diharapkan adalah kemenjadia­n murid dan sekolah berkualiti.

 ?? [FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] ?? Azman (tengah) bergambar bersama peserta bengkel ADD BH-NST di UTM Johor Bahru, semalam.
[FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] Azman (tengah) bergambar bersama peserta bengkel ADD BH-NST di UTM Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia