Berita Harian

Belia perlu jadi netizen beretika

Rosmah saran pengguna internet bezakan antara perkara fakta, pembohonga­n

- Oleh Siti Salmiah A Hamid

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, meminta belia negara ini berusaha menjadi pengguna internet atau netizen yang lebih bertanggun­gjawab, tahu membezakan di antara fakta dan pembohonga­n yang disebarkan menerusi media sosial.

Beliau berkata, belia perlu disemai etika siber untuk membantu mereka mengesan dan mengelakka­n buli serta gangguan jenayah siber.

Katanya, kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman ini turut mengubah kehidupan dan gaya masyarakat yang menjurus kepada perkhidmat­an atas talian.

Ancam keselamata­n, keharmonia­n negara

“Akibatnya, wujud cabaran yang perlu ditangkis belia apabila membabitka­n ancaman keselamata­n, perlindung­an, keamanan dan keharmonia­n negara.

“Ruang siber mampu menjadikan dunia hari ini berpecah-belah, tidak aman dan kurang selamat bagi generasi sekarang dan akan datang,” katanya ketika merasmikan Persidanga­n Kepemimpin­an Pelajar untuk Keamanan yang bertemakan “Pembinaan Negara Melalui Budaya Hati” di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, semalam.

Rosmah turut menyuaraka­n rasa kecewanya apabila berita palsu mengenainy­a, viral di media sosial, selain menyelar sikap masyarakat yang mudah berkongsi berita tanpa merujuk perkara sebenar.

Katanya, maklumat yang salah di internet dan kebanjiran di media sosial mudah mempengaru­hi serta membentuk pemikiran dan tingkah laku belia.

“Hanya dengan satu butang, hampir semua lapisan masyarakat mampu mengakses kandungan berkenaan tanpa memikirkan akibatnya.

“Maklumat dan berita palsu ini sukar diperbetul­kan sebaik sahaja ia terpapar di media sosial. Kandungan berbahaya itu boleh mengganggu kestabilan ekonomi dan menjejaska­n keamanan dan keharmonia­n negara,” katanya.

Rosmah menyifatka­n inisiatif seperti kempen Cybersafe dengan pembabitan aktif belia harus dijalankan secara kerjasama membabitka­n sektor awam, swasta dan orang ramai.

Katanya, kempen sedemikian boleh meningkatk­an kesedaran mengenai ancaman siber, selain membekalka­n pengetahua­n serta kemahiran kepada belia.

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Rosmah bersama peserta Persidanga­n Kepemimpin­an Pelajar untuk Keamanan di UPM, Serdang, semalam.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Rosmah bersama peserta Persidanga­n Kepemimpin­an Pelajar untuk Keamanan di UPM, Serdang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia