Berita Harian

Perkongsia­n pakar hartanah antara tarikan pengunjung

-

Shah Alam: Selain pameran hartanah, sesi perkongsia­n yang diadakan oleh penceramah dan pakar hartanah turut menjadi tarikan pengunjung Pameran Hartanah Myrumah di Pusat Beli-belah SACC, di sini.

Antara penceramah dan pakar hartanah terkenal yang akan mengadakan perbincang­an sepanjang acara berkenaan adalah Ahyat Ishak, Datuk Nazri Mustafa, Akmal Nazim, Bella Leana, Amin Harith dan Amsyari Syakur dari Pejuang Hartanah.

Pelajar, Putera Mohd Zubir, 23, berkata topik perkongsia­n serta sesi perbincang­an yang menarik adalah tarikan utama beliau hadir ke pameran berkenaan.

“Sebagai pelajar tahun akhir Fakulti Senibina, Perancanga­n dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UITM) sesi ceramah seperti itu banyak memberi input kepada saya kerana saya juga berkemungk­inan memasuki bidang hartanah apabila tamat pengajian kelak.

“Tambahan pula, saya juga akan menjadi salah seorang pembeli rumah selepas mendapat pekerjaan serta pendapatan yang stabil. Justeru, saya perlu ada pengetahua­n agar tidak salah membuat keputusan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kali ketiga

Pameran Myrumah 2018 anjuran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) memasuki penganjura­n tahun ketiga tahun ini dan ia diadakan selama tiga hari berakhir hari ini.

Beliau berkata, jika ingin membeli rumah beliau akan melihat beberapa faktor antaranya lokasi serta nilai pasaran semasa rumah berkenaan.

“Lokasi penting kerana jika membeli rumah di kawasan Lembah Klang, nilainya sentiasa meningkat kerana ia berterusan mendapat permintaan dan ia menguntung­kan sebagai pelaburan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar Abdul Rahim Hussin, 22, berkata harga rumah yang bersesuaia­n dengan lokasi serta pelbagai kemudahan fasiliti adalah antara pilihannya sebagai rumah pertama kelak.

“Rumah pertama tidak perlu terlalu mewah sebaliknya perlu selesa selain harga yang bersesuaia­n dengan kewangan pembeli yang kebanyakan­nya masih tidak stabil dalam pelbagai sudut. Justeru, seseorang perlu mempunyai sedikit sebanyak pengetahua­n mengenai hartanah sebelum membeli rumah terutama pembeli kediaman pertama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia