Berita Harian

Amanahraya tawar diskaun penulisan wasiat

-

Shah Alam: Orang ramai yang ingin membuat wasiat boleh mengambil peluang merebut diskaun penulisan wasiat sebanyak 35 peratus ditawarkan Amanah Raya Berhad (Amanahraya) sehingga 31 Mac ini.

Pengurus Jabatan Jualan dan Pemasaran Amanahraya, Mohd Yazid Shuaib berkata, kos penulisan wasiat asas yang diuruskan oleh Amanahraya kebiasaann­ya sebanyak RM530.

“Promosi ini diadakan sempena Tahun Baharu Cina dan diadakan selama dua bulan. Pelanggan yang ingin membuat wasiat asas kini hanya perlu membayar sebanyak RM350.

“Sambutan baik diterima sepanjang promosi ini terutama bagi masyarakat bukan Bumiputera kerana mereka sedar mengenai kepentinga­n wasiat,” katanya ketika ditemui selepas sesi ceramah di Pameran Hartanah Myrumah, di Pusat Beli-belah SACC, di sini, semalam.

Myrumah 2018 anjuran The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) memasuki penganjura­n tahun ketiga tahun ini dan ia diadakan selama tiga hari berakhir hari ini.

Beliau berkata, kesedaran mengenai penulisan wasiat masih kurang memuaskan kerana stigma orang ramai terutama yang beragama Islam bahawa wasiat tidak menepati kehendak syarak.

Elak harta tidak dituntut

Katanya, penulisan wasiat penting bagi memastikan kesinambun­gan pewarisan harta dan mengelakka­n harta yang tidak dituntut.

“Jika wasiat tidak dibuat, harta terpaksa diuruskan sendiri oleh waris dan mereka terpaksa melalui beberapa proses panjang yang rumit kerana perlu berjumpa dengan pelbagai pihak serta agensi untuk proses pengesahan.

“Amanahraya hanya mengambil masa tiga bulan untuk menyelesai­kan proses wasiat jika dokumen lengkap dan tidak ada yuran tersembuny­i dikenakan,” katanya.

Mohd Yazid turut menasihatk­an orang ramai untuk membuat wasiat bagi memastikan tiada masalah mengenai pembahagia­n harta timbul seterusnya memberi masalah kepada waris yang ditinggalk­an.

Selain itu, menurutnya, Amanahraya mensasarka­n sejuta penulisan wasiat tahun ini berbanding sejumlah kira-kira 980,000 penulisan pada tahun lalu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pengunjung mendapatka­n khidmat nasihat daripada wakil Amanahraya.
Pengunjung mendapatka­n khidmat nasihat daripada wakil Amanahraya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia