Berita Harian

Zairil, Dyana Sofya kahwin hujung tahun

Majlis pertunanga­n acara peribadi kedua-dua keluarga

- Oleh Zahratulha­yat Mat Arif

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari merancang berkahwin dengan bekas calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 2014, Dyana Sofya Mohd Daud, hujung tahun ini.

Zairil, 36, lengkap berpakaian baju baju Melayu berwarna pic memberitah­u wartawan yang beliau sangat gembira kerana majlis pertunanga­n semalam berjalan lancar.

“Saya hanya ingin mengatakan bahawa saya sangat gembira, kita semua sangat gembira, keluarga saya dan Dyana Sofya serta sudah tentu ini acara peribadi untuk kedua-dua keluarga.

“Kami menghargai jika anda boleh menghormat­i majlis ini kerana ini bukan majlis umum tetapi pada masa sama, saya mengucapka­n terima kasih kepada semua orang kerana hadir.

“Untuk komen lanjut, saya akan buat pada masa lain,” katanya ketika ditemui di Hotel Kinta Riverfront di sini, semalam.

Ditanya mengenai perkahwina­n mereka, Zairil berkata, majlis perkahwina­n itu dijangka diadakan akhir tahun ini.

Walaupun ramai yang tahu mengenai hubungan antara dua ahli politik DAP itu, tidak ada antara mereka yang mengesahka­n sejauh mana hubungan mereka.

Spekulasi bahawa Zairil dan Dyana Sofya akan bertunang di sini hebat diperkatak­an sejak semalam.

Berita mengenai pertunanga­n mereka menjadi viral di Facebook apabila netizen menyampaik­an mesej selamat bertunang kepada pasangan itu.

Pada Oktober 2014, keduaduany­a terpalit dengan kontrovers­i selepas beberapa keping gambar intim mereka tersebar di laman sosial, namun dinafikan pasangan terbabit.

Pasangan itu sekali lagi menjadi perhatian pada April tahun lalu selepas video individu yang didakwa menari dalam keadaan mesra turut viral di laman sosial.

Dyana Sofya dalam kenyataan di laman Facebook ketika itu bagaimanap­un tidak menafikan mahupun mengesahka­n individu dalam foto itu adalah beliau, sebaliknya hanya menyifatka­n penyebaran gambar itu sebagai penceroboh­an kehidupan peribadi dalam kehidupan seseorang.

Zairil ketika itu pula menafikan individu yang menari mesra di dalam video itu beliau dan menyifatka­nnya sebagai mengarut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia