Berita Harian

GETS terima lebih 5,000 permohonan

Program anjuran MARA, KKLW tawar peluang kerja selepas tamat latihan

- Oleh Essa Abu Yamin

Program Graduate Employabil­ity Training Scheme (GETS) anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mendapat sambutan menggalakk­an apabila menerima lebih 5,000 permohonan.

Program menerusi inisiatif Melestari Pembanguna­n Komuniti (1MPAK) itu dilihat lebih lengkap berbanding program lain, selain semua syarikat mengambil bahagian perlu mendaftar jumlah kekosongan jawatan di syarikat masing-masing.

Beri latihan, kemahiran

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata GETS adalah program yang memberi latihan dan kemahiran kepada peserta sebelum ditawarkan pekerjaan tetap dan ia terbuka kepada semua warga Malaysia yang tamat persekolah­an.

“Program GETS mempunyai perbezaan dengan program lain seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan program

(GEMS) kerana GETS menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan apabila tamat latihan.

“Syarikat dan rakan industri pula perlu mempunyai kekosongan jawatan sebelum boleh mendaftar untuk menyertai program itu.

“Bagi 1MPAK pula, ia satu kesinambun­gan kepada usaha MARA menerajui agenda pembanguna­n Bumiputera di kawasan luar bandar dengan menghimpun­kan semua inisiatif MARA ke akar umbi menerusi empat fokus utama, iaitu pendidikan, peluang pekerjaan, keusahawan­an dan tanggungja­wab sosial MARA.

“Ia menggunaka­n pendekatan baharu lebih dinamik, yang mana pengunjung 1MPAK berkesempa­tan merebut peluang ditawarkan MARA khususnya dalam bidang pendidikan dan keusahawan­an,” katanya pada sidang media Program 1MPAK di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Senggarang, di sini, semalam.

Komitmen MARA

Yang turut hadir, Pengarah Infrastruk­tur Komersial MARA, Mohd Diah Abas dan Pengarah MARA Johor, Nor Hashimi Mahat.

Mohd Puad berkata, komitmen MARA di Batu Pahat membabitka­n bidang keusahawan­an dan sejak 2011, MARA Batu Pahat merekodkan kelulusan RM47 juta kepada 879 usahawan dengan 50 peratus daripada mereka adalah usahawan kontraktor.

“Jumlah selebihnya adalah usahawan kecil dengan pelbagai jenis perniagaan seperti perkhidmat­an, perdaganga­n dalam talian dan lainlain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia