Berita Harian

5,000 beratur panjang untuk isi 255 jawatan

-

Petaling Jaya: Lebih 5,000 pencari kerja pelbagai lapisan umur menghadiri temu duga terbuka pelbagai jawatan di hotel milik Lembaga Tabung Haji (TH), Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA di Kelana Jaya, semalam.

Walaupun kaunter pendaftara­n hanya dibuka pada jam 9 pagi, namun orang ramai membanjiri pekarangan kompleks Tabung Haji Kelana Jaya seawal jam 7 pagi.

Syazwan Mohd Salleh, 23, berkata dia tiba sekitar jam 6.50 pagi, namun terkejut apabila melihat ratusan pencari kerja sudah beratur panjang.

Lulusan Kolej Profesiona­l MARA dalam jurusan Diploma Pendidikan Bahasa Inggeris dari Muar, Johor, itu, mendapat tahu mengenai temu duga terbuka berkenaan daripada ahli keluargany­a.

“Saya baru menamatkan pengajian diploma Disember lalu dan ingin mencuba nasib untuk jawatan Pengurus Koordinasi,” katanya.

Sempena prapembuka­an

Sementara itu, Pengurus Besar Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA, Hairul Maharis Mohamad berkata, temu duga terbuka peringkat awal itu bersempena prapembuka­an hotel berkenaan yang dijangka Jun depan.

Katanya, untuk peringkat awal, sebanyak 255 jawatan di pelbagai bahagian akan ditawarkan kepada orang ramai.

“Sambutan diterima begitu menggalakk­an dan sehingga jam 10.30 pagi tadi, sebanyak 5,000 borang sudah diagihkan kepada orang ramai.

“Temu duga terbuka diadakan selama dua hari dan jika tidak berkesempa­tan hari ini (semalam), peluang temu duga masih dibuka pada esok (hari ini) bermula jam 9 pagi hingga 6 petang,” katanya.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Orang ramai beratur untuk mengambil borang permohonan kerja Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA di Kelana Jaya, semalam
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Orang ramai beratur untuk mengambil borang permohonan kerja Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA di Kelana Jaya, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia