Berita Harian

Gurauan bapa jadi nyata

Dua beranak maut bas hilang kawalan bertembung kereta mangsa

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

“Saya tak sangka, gurauan ayah pagi ini yang emak akan jadi ibu tunggal, petanda dia pergi meninggalk­an kami selama-lamanya.

“Gurauan itu bukan sahaja menjadi kenyataan, malah kami kini hilang tempat bermanja,” kata Anjeli, 19, anak kepada Latif Salleh, 40, yang maut bersama anak lelakinya, Zunaidie, apabila kereta dinaiki mereka bertembung bas dekat Jalan Kuala Pilah-simpang Pertang, pagi semalam.

Nahas jam 7.10 pagi itu, turut menyebabka­n seorang lagi anak lelaki Latif, Zuzaidie, 15, cedera dan dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN)

Anjeli berkata, mereka mengetahui nahas menimpa ayah dan dua adiknya itu apabila dihubungi Polis Trafik yang meminta ke hospital segera, tetapi tidak memberitah­u keadaan ayah dan dua adiknya.

Elak kenderaan lain

Ketua Polis Daerah Jempol, Superinten­dan Muhd Nur Hishamuddi­n Hashim, berkata kemalangan itu berlaku di Kilometer 21, Jalan Kuala Pilah-simpang Pertang.

Beliau berkata, kereta Ford Telstar dipandu mangsa dari Kuala Pilah bertembung dengan bas henti-henti dari Simpang Pertang, yang sebelum itu cuba mengelak sebuah kenderaan lain di laluan bas berkenaan.

“Ketika cuba memasuki laluannya semula, pemandu bas gagal mengawal kenderaan, sebaliknya memasuki laluan bertentang­an sebelum bertembung kereta dipandu mangsa.

“Latif dan Zunaidie meninggal di lokasi nahas, manakala Zuzaidie, dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah,” katanya.

Muhd Nur Hishamuddi­n berkata, punca sebenar nahas masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, isteri mangsa, Rozi Kedah, 39, berkata dia sering berpesan kepada suami supaya berhatihat­i memandu kerana turut membawa anak bersama, namun kali ini terlupa untuk mengingatk­annya.

 ?? [FOTO IHSAN BOMBA] ?? Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 21, Jalan Kuala Pilah-simpang Pertang.
[FOTO IHSAN BOMBA] Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 21, Jalan Kuala Pilah-simpang Pertang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia