Berita Harian

Pesona lavender tanah tinggi

-

Hamparan ungu tarikan baharu pengunjung ke Cameron Highlands

Pzubir_yunus@bh.com.my

emandangan memukau dalam taman dilatari bunga-bungaan eksotik hidup liar pada suhu dingin seperti lavender, lazimnya dilihat di negara empat musim seperti di Eropah.

Suasana itu sebenarnya dinikmati di negara kita, tanpa perlu berjalan jauh dan membelanja­kan wang yang banyak untuk ke luar negara.

Destinasi percutian tanah tinggi di Cameron Highlands, Pahang menyediaka­n pemandanga­n indah ini dalam suasana persekitar­an yang nyaman.

Pengunjung berpeluang menyaksika­n ribuan kuntum lavender pelbagai warna, selain daisy yang hidup liar dan segar, tenang mata memandang.

Pada mulanya sukar percaya, lavender dan daisy boleh ditanam secara komersial di Tanah Tinggi Cameron. Selepas melihat sendiri penulis berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi dengan bunga-bungaan eksotik akhirnya ‘bersatu’ di taman indah.

Lebih istimewa, bunga-bungaan yang ditanam di Cameron Highlands, hidup subur dan kelopaknya mekar sepanjang

tahun.

Melangkah ke Taman Lavender Cameron Highlands terletak di pekan Tringkap, pengunjung seolah-olah berada di lautan bunga berwarna ungu kerana kebanyakan spesies lavender di taman itu menampilka­n rona terang.

Lavender dengan haruman semerbak, boleh hidup liar dalam cuaca dingin, namun tidak boleh terlalu terdedah kepada hujan, justeru taman itu dilindungi kanvas plastik untuk mengelakka­n daripada berlebihan air selain membolehka­nnya mendapat pancaran matahari secukupnya.

Pesona lavender dengan pelbagai warna terang yang lain seperti merah hati menjadikan kawasan taman itu bercahaya, jiwa kosong pasti terubat dengan keindahan yang memukau.

Peluang bergambar

Lavender Sepanyol berwarna ungu adalah spesies paling popular dan digemari ramai. Spesies ini juga dikenali dengan Lavender Perancis atau Lavender Itali. Spesies ini tumbuh liar di kebanyakan negara Eropah terutama Sepanyol dan Itali, selain di Belanda.

Daripada spesies Lavender Sepanyol saja, ada beberapa jenis iaitu, bellerina, Madrid blue, Madrid purple dan van gogh. Lavender ditanam secara meluas untuk tujuan komersial kerana patinya menghasilk­an minyak wangi, selain menghalau nyamuk.

Pengunjung di Lavender Garden Cameron Highlands pasti tidak melepaskan

peluang bergambar dan swafoto apabila melewati setiap inci taman berkenaan. Mereka berasakan seolah-olah berada di Sepanyol, Itali dan Belanda!

Bagi pasangan kekasih atau pengantin baharu, tidak perlu risau untuk mencari destinasi indah merakam detik manis foto perkahwina­n kerana sebaik memasuki taman bunga ini, setiap sudut mahupun ruang, menjanjika­n pemandanga­n mempesona.

Pengalaman memetik sendiri bunga daisy, jangan dilepaskan, namun ada sedikit bayaran dikenakan kepada pengunjung. Sekiranya berkunjung ke taman lavender pada hujung minggu, bersediala­h berdepan kesesakan lautan manusia yang memenuhi setiap ruang.

Aktiviti lain termasuk sesi minum petang di kafe berdekatan, pengunjung juga berpeluang menikmati persekitar­an nyaman dan pemandanga­n mempesona. Dapatkan ole-ole sebelum pulang sebagai kenang-kenangan.

Selepas menghabisk­an masa kira-kira dua jam di ‘taman fantasi’ tanah tinggi, penulis sarankan destinasi baharu ini sebagai lokasi wajib kunjung jika anda sekeluarga berkunjung ke Cameron Highlands.

 ??  ?? Pengalaman memetik bunga daisy curi tumpuan pengunjung. Foto Mohd Yusni Mohd Ariffin
Pengalaman memetik bunga daisy curi tumpuan pengunjung. Foto Mohd Yusni Mohd Ariffin
 ??  ?? Pemandanga­n mempesona Taman Lavender Cameron Highlands tidak harus dilepaskan.
Pemandanga­n mempesona Taman Lavender Cameron Highlands tidak harus dilepaskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia