Berita Harian

Kembara Rohani jinak hati cintai ilmu

Perkampung­an Islam dalam bandar, Daarut Tauhid mengingatk­an suasana di Makkah zaman 80-an

-

Mbminggu@bh.com.my

atlamat menjinakka­n hati mencintai ilmu, merapatkan ukhuwah sesama Islam, menjadikan Kembara Rohani Bandung & Jakarta Bersama Dr Azhar Yaakub dan Datuk Dr Norhafizah Musa, baru-baru ini, benarbenar memberikan kesan mendalam kepada peserta.

Bertolak pada 21 Februari lalu, 50 peserta memulakan pengembara­an empat hari lima malam ke Daarut Tauhid,

Bandung yang diakhiri mengadakan aktiviti di Masjid Istiqlal, Jakarta.

Rombongan berkampung empat hari di MQ Guest House dan Cottage Darul Jannah di Daarut Tauhid berpeluang mengikuti kuliah yang disampaika­n oleh KH Abdullah Gyymnastia­r atau lebih dikenali

Kiayai AA Gym.

Kiayai AA Gym bertanggun­g jawab menggerakk­an kelas pengajian di Daarut

Tauhid dan memajukan bangunan dan kawasan yang diwakafkan dengan pelbagai kegiatan ekonomi.

Daarut Tauhid boleh menjadi contoh terbaik orang luar memajukan dan membangunk­an tanah wakaf. Pusat ini mampu menjana pendapatan sendiri daripada kegiatan ekonominya, selain berjaya mewujudkan pusat pengajian dan perkampung­an Islam.

Usaha yang dijalankan ini dapat memanjangk­an amal jariah pewakaf.

Penuhi aktiviti keagamaan

Perkampung­an

Islam dalam bandar mengingatk­an kita kepada suasana di Tanah Suci Makkah pada zaman 80-an.

Jalannya sempit sibuk dengan kenderaan, pengguna jalan yang berulang-alik ke masjid, pusat pengajian dan peniaga yang menjual pelbagai barangan di sepanjang jalan membuatkan suasana hidup bermula awal pagi hingga larut malam.

Dr Azhar berkata, Kembara Rohani diperkenal­kan sejak

2012 dengan kerjasama Daarut Tauhid yang kini memasuki siri ke 14 diadakan dua kali setahun.

Katanya, Kembara Rohani ke-15 akan diadakan pada September depan yang antara lain menyediaka­n aktiviti kuliah Subuh dan Maghrib, qiamulail, bersemuka dengan AA Gym dalam sesi soal jawab bersama rombongan dari Malaysia di Masjid Daarut Tauhid yang menjadi tumpuan pelawat dari luar.

AA Gym juga bersiaran langsung setiap pagi di radio MQFM untuk slot kuliah Subuh dan program Soal Jawab Bersama AA Gym.

Satu majlis khas diadakan untuk

Muslimah dipimpin oleh isteri AA Gym, Teh Ninih Mutmainnah pada pagi Jumaat.

Dr Azhar berkata, program berkongsi ilmu dengan Daarut Tauhid adalah hasil hubungan baiknya dengan AA Gym. Pusat ilmu yang memiliki lebih 3,000 pelajar dan mengatur banyak program kuliah sama ada jangka panjang dan pendek termasuk untuk warga emas boleh dimanfaat oleh peserta Kembara Rohani.

Puas membeli-belah

Selesai program beribadat, peserta juga dibawa membeli-belah di Pasar Baru, pasar terapung, di kedai kain sulaman yang pastinya menjadi perhatian bagi mereka yang ingin membeli telekung sulaman Siti Khadijah pada harga murah.

Menurut pemandu pelancong, Hassan Basri, Bandung menjadi pusat beli-belah popular dan jika gagal mengawal bajet, pasti kehabisan duit tanpa disedari memborong pelbagai barangan.

“Selain ‘melontar selamat datang’ di

Bandung, peserta Kembara Rohani juga harus menyiapkan baki wang untuk ‘melontar selamat tinggal’ di Tanah Abang, Jakarta, sebelum berangkat pulang ke Malaysia,” katanya berjenaka.

Hassan sentiasa memberi maklumat diperlukan peserta ketika meneroka alam semula jadi di Dusun Bambu dan Pasar Terapung di Lembang.

Peserta juga berpeluang belajar bermain angklung di Sapu Lidi dan menikmati juadah Sunda dan Nasi Padang.

 ??  ?? Rombongan Kembara Rohani Terapong Lembang. ketika melawat Pasar
Rombongan Kembara Rohani Terapong Lembang. ketika melawat Pasar
 ??  ?? Bergambar di hadapan bangunan sekolah di Daarut Tauhid, Bandung.
Bergambar di hadapan bangunan sekolah di Daarut Tauhid, Bandung.
 ??  ?? Meneroka keindahan taman di Dusun Bambu.
Meneroka keindahan taman di Dusun Bambu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia