Berita Harian

Konvoi bantuan terus tiba

Misi kemanusiaa­n berdepan cabaran serangan pemberonta­k

-

Tentera Syria meneruskan serangan terhadap kawasan dikuasai pemberonta­k di Timur Ghouta, iaitu sehari selepas konvoi bantuan kemanusiaa­n tiba bagi menyerahka­n bekalan makanan kepada penduduk yang kebuluran.

Hampir 950 orang awam terbunuh sejak pasukan tentera yang mendapat sokongan Kerajaan Russia melancarka­n serangan ke kubu terakhir yang dikuasai pembangkan­g berdekatan Damsyik pada 18 Februari lalu.

Timur Ghouta yang diduduki kirakira 400,000 penduduk berada di bawah kepungan tentera kerajaan sejak 2013.

Bagaimanap­un, sejak tiga minggu lalu tentera regim berjaya menguasai hampir separuh daripada wilayah itu, yang sebelum ini dikuasai pelbagai kumpulan pemberonta­k.

Kumpulan HTS turut beroperasi

Selain kumpulan militan Daesh seperti Jaish alislam, satu lagi kumpulan, iaitu Hayat Tahrir alSham (HTS) yang turut dikaitkan dengan Alqaeda, turut beroperasi di wilayah berkenaan.

Stesen televisyen Syria menyiarkan rakaman imej sebuah bas yang membawa 13 ‘pemberonta­k’ dan ahli keluarga mereka keluar dari wilayah itu menerusi pusat pemeriksaa­n Alwafideen.

Sebahagian mereka didapati memakai jaket hoodies bagi menutup bahagian kepala dan muka.

Sementara itu, Jawatankua­sa Palang Merah Antarabang­sa (ICRC) berkata, 13 trak yang penuh dengan 2,400 bungkusan makanan berjaya memasuki Timur Ghouta, iaitu wilayah yang disifatkan oleh Se tiausaha Agung Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sebagai ‘neraka dunia’.

Namun, penyelaras kemanusiaa­n PBB di Syria, Ali Alzaatari, berkata pertempura­n yang berlaku di bandar utama wilayah itu, iaitu Douma mengancam keselamata­n konvoi bersama PBB, ICRC dan persatuan Bulan Sabit Merah Arab Syria.

“Bantuan diserahkan kepada penduduk ketika helikopter berlegarle­gar di udara dan pesawat perang menyasarka­n kawasan di luar Douma,” kata wartawan AFP.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, daripada 67 kemudahan perubatan yang musnah di Syria sepanjang Januari dan Februari lalu, hampir separuh terletak di Timur Ghouta, termasuk 20 hospital, kemudahan perubatan (16), stesen ambulans (dua) dan sebuah gudang bekalan perubatan.

Wartawan AFP di pusat pemeriksaa­n pula melaporkan, beberapa trak berwarna putih dan hijau serta ambulans kelihatan sedang menunggu untuk mengambil penumpang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia